DAURAH KITAB SYITA' MENEKANKAN PEMAHAMAN KAEDAH ILMU TASAWWUF DALAM KALANGAN AHLI

KAHERAH, 19 Disember 2015 - Julung-julung kalinya Daurah Kitab Syita' diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) yang bertemakan "Menuju ke Jalan Rabbani" dan disampaikan oleh Sheikh Rohimuddin Nawawi Jahari Al Bantani mendiskusi kitab Taflis Iblis karangan Ibnu Arabi.



Daurah ini sangat penting kepada mahasiswa/wi sekarang khususnye Ahli ahli BKAWM kerana memberi penekanan tentang pemahaman kaedah ilmu tasawwuf secara teori serta penjelasan terhadap masalah masalah tasawwuf dalam masa yang sama daurah ini juga menerangkan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bersama ilmu tasawwuf serta menolak fahaman jabariyah dan qadariah.
Pihak BKAWM mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli yang terus bersama sama mendukung BKAWM sama ada dalam senang mahupun susah.Semoga setiap penah lelah yang kita hadapi bersama mendapat keberkatan dan diterima di sisi-Nya.
"Memperkasa Kefahaman Meneguh Kebersamaan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

0 comments:

Post a Comment

Blogroll