KEPULANGAN DUA PERMATA BKAWM



KAHERAH, 28 Januari 2016- Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 telah mengadakan Majlis Wida’ bersempena kepulangan permata BKAWM, iaitu saudari Norhazirah binti Mat Basri dan saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Mohd Razman ke tanah air tercinta. Majlis secara sederhana telah diadakan di Surau Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan ARWP sejurus selepas penyampaian tazkirah khas mereka masing-masing pada 18 Disember 2015 dan 8 Januari 2016.


          Majlis serba ringkas itu dimulakan dengan ucapan nasihat dan kalam taujihat kepada seluruh hadirin yang hadir. Antara pesanan mereka secara umumnya adalah manfaatkanlah sepenuhnya peluang keberadaan kita di bumi Mesir dengan mengutip taburan ilmu yang sentiasa terbuka luas kepada penuntutnya dan sentiasalah menjaga hak-hak antara satu dengan yang lain. Majlis diakhiri dengan sedikit tayangan video perpisahan dan penyampaian cenderahati kenang-kenangan.

          Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir BKAWM turut mengiringi kepulangan mereka ke Lapangan Terbang Kaherah, Mesir pada 21 Disember 2015 dan 9 Januari 2016. Saudari Norhazirah pernah memegang jawatan sebagai Fasilitator BKAWM sesi 2014/2015 manakala Saudara Muhammad Syazwan Syamil pula sebagai Yang Dipertua BKAWM sesi 2013/2014. Masing-masing antara mereka banyak menyumbangkan jasa dan bakti yang tersendiri untuk memastikan kelancaran gerakan BKAWM itu sendiri. Mereka juga merupakan tempat rujukan ahli mahupun pimpinan BKAWM itu sendiri dalam mendepani pelbagai permasalahan anak-anak Wilayah Persekutuan di bumi Mesir. Semoga segala jasa mereka diterima sebagai amal di sisi Allah SWT.

Seluruh pimpinan dan ahli BKAWM mendoakan mereka agar sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. Semoga terus maju dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi serta terus istiqamah dalam melaksanakan gerak kerja sebagai muslim di mana jua berada dan diganjarkan dengan syurga.

"Memperkasa kefahaman, Meneguh kebersamaan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"
Satu Fikrah Satu Amal


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]