[KENYATAAN RASMI YANG DIPERTUA BKAWM]


Kaherah, 20 Januari 2016.
Pada awal penggal tahun 2016, sekali lagi mahasiswa Mesir mengalami sejarah hitam dibumi anbiya ini daripada rentetan penafian hak Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM). Isu penafian hak anak johor ini sewajarnya tidak diambil ringan oleh pihak berwajib di Mesir mahupun di Malaysia.
Sepertimana maklum, pejabat rasmi BKPJM telah dipecah masuk dan dipunggah keluar aset-aset pejabat BKPJM. Kita menyifatkan tindakan ini sebagai satu tindakan yang mencabuli hak persatuan induk mahasiswa Johor.

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) turut menyatakan simpati terhadap rentetan-rentetan penafian hak yang berlaku terutamanya kepada BKPJM. BKAWM mengecam tindakan penafian hak ini dan menuntut supaya hak BKPJM dikembalikan semula.
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) juga menggesa pihak berwajib supaya mengambil tindakan pantas agar isu penafian hak ini tidak berlanjutan. BKAWM juga menyeru Mahasiswa Mesir agar terus mendoakan kesejahteraan kepada seluruh warga Malaysia di Mesir khususnya kepada anak-anak Johor dan Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM)
Firman Allah:
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata” (surah Al-Ahzab 58).
Adam Syukri Bin Mohamad Yang Dipertua BKAWM sesi 2015/2016
“Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan” “BKAWM Keluarga Kita” “Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]