[ BERITA: JAULAH AULIYA' KAHERAH ]




KAHERAH, 9 DISEMBER 2016- Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah menganjurkan program ziarah maqam sekitar Kaherah yang diberi nama Jejak Auliya’ Kaherah 16. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi sedikit pendedahan kepada ahli BKAWM tentang maqam-maqam auliya’ dan ulama yang terdapat di sekitar Kaherah itu sendiri. Di samping itu dapat mengetahui sejarah dan kisah-kisah perjalanan hidup para auliya’ tersebut, progam ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli serta menghilangkan tekanan yang dihadapi menjelang peperiksaan fasa pertama tidak lama lagi.

  
    Program mula bertolak dari Asrama Wilayah Persekutuan (ARWP). Sepanjang perjalanan, para peserta diberikan sedikit taklimat dan penerangan ringkas berkenaan dengan perjalanan program serta hukum-hukum tentang ziarah maqam oleh Saudara Subki Zakaria untuk sesi siswa, dan Saudara Muhammad Abdul Hadi Ismut untuk sesi siswi. Antara maqam-maqam yang sempat untuk diziarahi pada sesi kali ini adalah:-
           
1)             Maqam Syeikh Soleh al-Ja’fari
2)             Maqam Wali Soghir
3)             Maqam Ibnu Attoillah as-Sakandary
4)             Maqam Imam Sya’rani
5)             Maqam Sultan Hanafi
6)             Maqam Imam Laithi
7)             Maqam Imam Ibnu Hisyam
8)             Maqam Sayyidah Nafisah
9)             Maqam Sayyidah Zainab
10)          Maqam-maqam sekitar Babul Futuh dan Babul Syi’riyyah serta Jabal Muqottom

Setiap maqam yang diziarahi, peserta akan diberikan taklimat dan sejarah ringkas mengenai perjalanan hidup dan kesungguhan pemilik maqam itu sendiri, oleh mushrif penerangan yang bertugas. Banyak ilmu serta input-input sejarah yang menarik, boleh peserta jadikan sebagai ilmu dan teladan pada masa akan datang.

    Pihak program berharap semoga aktiviti ziarah maqam pada kali ini dapat memberi manfaat dan pengalaman baru kepada para peserta serta dapat mengikat hati anak-anak Wilayah Persekutuan di Perlembahan Nil dan dipayungi rahmat Allah SWT.


”Menjejak Warisan, Menelusuri Teladan”
"Munjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan”
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"
“Satu Fikrah Satu Amal”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]