[ BERITA: MAJLIS RAMAH MESRA: DELEGASI MAIWP BERSAMA KETUA AUDIT NEGARA ]

KAHERAH, 4 Disember 2016 - Pada 3 Disember 2016 yang lalu, berlangsungnya Majlis Ramah Mesra: Delegasi MAIWP bersama Ketua Audit Negara. Program ini adalah dibawah anjuran bersama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, yang bertempat di Dewan Sri Putra, ARWP.


Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta delegasi MAIWP yang lain dan juga turut hadir Tan Sri Dato' Setia Haji Ambrin bin Buang, Ahli Dewan Diraja Selangor merangkap Ketua Audit Negara Malaysia.

Antara objektif utama Majlis Ramah Mesra ini diadakan adalah untuk merapatkan jalinan ukhuwah diantara anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir bersama Pihak MAIWP.






Majlis bermula pada jam 5.00 petang yang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis iaitu saudara Mohd Syauqi Iman seterusnya bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Abdul Syahid. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Dipertua BKAWM sesi 2016/2017, saudara Abdul Wafi bin Alias. Seterusnya, ucapan daripada Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi dialog diantara anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir dan Delegasi MAIWP yang hadir. Pelbagai soalan dan cadangan yang dilontarkan kepada pihak Delegasi MAIWP dan impak yang didapati amatlah baik daripada kedua-dua pihak.








Seterusnya, majlis diteruskan dengan pemberian cenderahati penghargaan daripada pihak BKAWM kepada Delegasi MAIWP dan Ketua Audit Negara.






Begitu juga pemberian sumbangan daripada pihak Delegasi MAIWP kepada BKAWM.



Majlis ini diakhiri dengan kalam daripada KPE MAIWP yang diantara isinya adalah beliau menyeru kepada seluruh anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir untuk berusaha dan bersungguh-sungguh bagi menempuhi peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Akhirnya, majlis ditangguh dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al-asr.

Semoga dengan program yang diadakan ini dapat memberi impak yang positif kepada seluruh anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir serta menjalinkan lagi ukhuwah bersama pihak MAIWP, dan diharapkan program ini dapat diteruskan ke masa akan datang.

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]