[ KALAM PIMPINAN YANG DIPERTUA BKAWM : SEMPENA PEPERIKSAAN FASA PERTAMA ]





Bismillahirrahmanirrahim,

                Bersyukur kita kepada Allah swt, selawat dan salam kepada Rasulullah dan keluarganya serta para sahabat yang mengikuti perjuangan baginda.
Firman Allah taala :

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا
 إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
"Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ke medan perang, mengapa sebahagian di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam ilmu pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali, agar mereka dapat menjaga dirinya " - at-Taubah ayat :122


Merujuk ayat al-Quran di atas,  dapat kita fahami kewajipan kita sebagai muslim untuk menuntut ilmu khususnya ilmu agama. Sebagaimana ayat diatas juga, Allah SWT memerintahkan sebahagian masyarakat pergi berperang dan sebahagian lagi mesti menuntut ilmu. Menuntut ilmu juga penting berbanding keluar ke medan jihad. Tidak seharusnya mementingkan kepada berjuang semata-mata dan meninggalkan tuntutan menuntut ilmu pengetahuan. Ini kerana golongan yang berilmu berkewajipan menyampaikan ilmu yang berkait dengan hukum hakam dan sebagainya kepada golongan yang keluar berjihad apabila mereka pulang.

Sahabat sekalian,

            Pengertian لِيَتَفَقَّهُوا (hendaklah kamu mendalami ilmu) di dalam ayat di atas memberi makna mendalami dan mempelajari ilmu pengetahuan untuk menyeru manusia kepada al-haq (kebenaran). Ilmu itu adalah untuk memberi peringatan dan membimbing para pejuang agama Allah SWT kepada agama yang sebenar serta memberi amaran kepada mereka tentang bahaya sifat jahil dan hendaklah menjauhkan perkara-perkara maksiat kepada Allah SWT.

Namun hakikatnya berjuang di medan jihad dan menuntut ilmu adalah dua kewajipan ke atas semua muslim, maka kita sebagai mahasiswa seharusnya bijak melihat dua kewajipan tersebut untuk dipraktikkan berdasarkan realiti sekarang.

Sahabat sekalian,

Bersempena peperiksaan semester pertama yang mendatang, BKAWM ingin mengucapkan “Selamat menempuhi peperiksaan kepada seluruh mahasiswa/wi di Perlembahan Nil”. Jadikan peperiksaan ini salah satu wasilah untuk kita menterjemahkan ilmu yang diperolehi dan menjadi pemangkin untuk kita menuntut ilmu seterusnya mengingatkan kembali tujuan asalnya iaitu mencari keredhaan Allah SWT.

BKAWM merupakan satu wadah kesatuan anak Wilayah Persekutuan di Mesir yang amat menitikberatkan tentang pendidikan dan thaqafah ahlinya. Justeru, tema sesi kali ini “Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan” mampu diaplikasi dengan baik oleh seluruh peringkat BKAWM. Bersama-sama kita menjayakan segala aktiviti dan program anjuran BKAWM demi kelangsungan anak Wilayah Persekutuan di bumi anbiya’ ini.

Akhir kalam, menuntut ilmu di dalam agama adalah satu tuntutan. Bahkan beramal dengan ilmu itu satu kewajipan.

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Disediakan oleh :
Abdul Wafi bin Alias
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
2016/2017

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]