[KENYATAAN RASMI TIMBALAN YANG DIPERTUA: PENANGGUHAN PROGRAM FASA 1]

Assalamualaikum

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam yang telah melimpahkan rahmatNya ke atas diri kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan keluarganya.

 Bersempena dengan musim peperiksaan yang bakal menjelma pada 31/12/2016, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 akan membuat penangguhan aktiviti dan program. Penangguhan ini akan bermula pada 1 Disember 2016 sehingga tamat peperiksaan fasa 1.

 Tujuan penangguhan ini adalah bagi memberi peluang kepada ahli untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan tersebut. Manakala aktiviti yang bersifat ilmiah dan yang tidak melibatkan pelajar yang menghadapi peperiksaan akan diteruskan seperti biasa.

Jadi, pihak BKAWM dengan ini berbesar hati ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh anak Wilayah Persekutuan di Mesir dalam menghadapi peperiksaan.

Sekian, terima kasih.

YANG MENJALANKAN TUGAS,
AMIRUL HAKIM BIN MOHD RAZIB
TIMBALAN YANG DIPERTUA (KETUA LAJNAH PERANCANG),
BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR,
SESI 2016/2017.

"MENJULANG THAQAFAH, MELESTARIKAN KESATUAN"
"BKAWM KELUARGA KITA"
"BERSAMA BERSATU"


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]