[ ISU SEMASA: ALEPPO BERDARAH ]

 
ALEPPO, 12 Disember 2016 - Menjadi tarikh yang tidak seharusnya dilupakan oleh umat Islam apabila Aleppo akhirnya telah jatuh ke tangan tentera Syria Basyar Assad. Rentetan daripada itu, dikhuatiri akan berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk di daerah tersebut.

Kota Aleppo telah menyaksikan pertumpahan darah yang berlaku dalam perang saudara sejak 5 tahun yang lepas. Media tempatan melaporkan orang-orang awam dibariskan dan ditembak.

 Sumber lain pula mengatakan berlaku sekurang-kurangnya satu insiden kanak-kanak dibakar hidup-hidup. Kini lebih 100,000 orang awam terperangkap dalam kawasan yang tidak lebih dari 5 batu luasnya dan mereka masih menunggu tindakan dari PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) untuk mengeluarkan mereka daripada bencana yang menimpa.

Oleh itu BKAWM mengajak dan menyeru kepada semua ahli untuk mendoakan keselamatan serta mendapat jalan keluar buat penduduk kota Aleppo khususnya, dan Syria umumnya.

Disediakan oleh,
Unit Wimac,
Unit Penerangan dan Penerbitan
BKAWM sesi 2016/2017

"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]