[BERITA: APPRENTINCE THE 18TH]



KAHERAH, 21 NOVEMBER 2016 – Program “Apprentice The 18th” merupakan satu inisiatif yang disusun oleh Lajnah Perancang, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2016/2017 bertujuan menjayakan salah satu misi BKAWM iaitu “Melahirkan  pelapis yang komited dan berkemahiran”.

Program tersebut  dilaksanakan  di Dewan Sri Putra, ARWP bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada 11 malam. Program ini berjaya menghimpunkan seramai 20 orang ahli BKAWM.



Di antara objektif utama program “Apprentice The 18th” adalah bagi memberi kefahaman yang jelas tentang organisasi dan pengurusan individu. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara pimpinan BKAWM dan ahli terutamanya ahli Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB).

Program dimulakan dengan ucapan perasmi iaitu Ustaz Abdul Wafi bin Alias selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2016/2017. Antara slot yang dimuatkan di dalam program ini ialah Slot “Pelapis dalam Sejarah Islam” yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shakir Bin Muhammad Faleh Lai, mahasiswa American Open University.



Slot kedua adalah slot “Fiqh Aulawiyat ” yang disampaikan oleh Ustaz Asraf bin Alias, penasihat Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir sesi 2016/2017



Seterusnya para peserta diberi resolusi yang disampaikan oleh Dr Amirul Hakim bin Mohd Razib selaku pengarah program Apprentice the 18th.



Slot diakhiri dengan bacaan doa rabitah bersama-sama seluruh AJKT BKAWM.

Peringkat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2016/2017 mengharapkan agar program seperti ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua peserta di dalam menggerakkan bahtera BKAWM dengan penuh kefahaman Islam dan semangat yang jitu.


Disediakan Oleh,
Setiausaha
Apprentice The 18th

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]