[ BERITA: UBUDIYAH 2019 ]




KAHERAH, 10, 11, 12 & 13 Ogos 2019, - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2018/2019 telah mengadakan program UBUDIYAH 2019 selama empat hari. Pada hari pertama program telah mengadakan Tazkirah Subuh Khas dan gotong-royong yang bertempat di Asrama Lama Wilayah Persekutuan.

   Antara objektif UBUDIYAH 2019 ialah menyambut hari kebesaran Islam Aidiladha, memupuk sifat pengorbanan dalam kalangan ahli, menambah thaqafah berkaitan Aidiladha dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan anak Wilayah Persekutuan.



Pada hari kedua, telah diadakan majlis perasmian, teori sembelihan dan melapah, praktikal sembelihan, solat sunat tasbih dan baraan. Program ini telah dirasmikan oleh penasihat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Saudara Abdul Wafi bin Alias. 



    Seterusnya, program UBUDIYAH 2019 juga telah mengadakan penyembelihan haiwan korban pada pagi Hari Raya Aidiladha. Aktiviti ini telah disertai oleh anak-anak Wilayah Persekutuan yang berada di bumi Mesir. Pada hari tersebut juga dihidangkan jamuan buat ahli yang hadir bagi meraikan progam tersebut.


    Program UBUDIYAH 2019 ini diakhiri dengan slot Teori dan Praktikal Manasik Haji oleh Ustaz Firdaus bin Mustafa, Mantan Penasihat DPM Tanta dan Iskandariah. Turut diadakan Majlis penutup yang dirasmikan oleh Saudara Muhammad Aiman bin Md Rashid selaku Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2018/2019.

    Akhir sekali, diharapkan agar program ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama anak Wilayah Persekutuan dan memupuk sifat pengorbanan dalam diri mereka.

"Pengorbanan dilaksana, Ukhuwah dibina"

"Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Disediakan oleh:
INTAN FATIHAH BINTI PATEHI,
Setiausaha,
UBUDIYAH 2019 BKAWM sesi 2018/2019

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]