[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2019/2020 ]



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kerana berkat perjuangan baginda, kita bernafas dengan kalimah syahadah, alhamdulillah.

Bulan Oktober bakal menjelang, seiring kemunculan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM 2019 dan Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-21. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baru pimpinan BKAWM yang akan datang.

Berdasarkan perlembagaan BKAWM Fasal 16 (2):

"........ dua AJK Tadbir siswa dan dua AJK Tadbir siswi akan dipilih di dalam Mesyuarat AJK Tadbir untuk dikekalkan apabila berlakunya pembubaran AJK Tadbir di Mesyuarat Agung Tahunan."

Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJK Tadbir kekal siswa dan 2 orang AJK Tadbir kekal siswi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2019/2020 yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM pada tarikh 10 September 2019 adalah seperti berikut :


1. Muhammad Zuhairi bin Khairil Ariffin (Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2018/2019)


2. Wan Muhammad Asif Hidayat bin Sharudin (Ketua Lajnah Kebajikan dan Perumahan BKAWM sesi 2018/2019)


3. Natasya Amirah binti Abdul Jalil (Timbalan Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM sesi 2018/2019)


4. Masitah Nadhirah binti Anuar (Timbalan Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2018/2019)


Besar harapan kami agar seluruh ahli BKAWM memberikan sokongan penuh kepada mereka termasuklah bakal pimpinan BKAWM yang akan datang.

Sii'ru ala barakatillah.


"Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

"BERILMU, BERAMAL DAN BERBAKTI"

Yang menjalankan tugas,

Amirul Arif bin Shukri,
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2018/2019

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]