[ BERITA: SAMBUTAN AIDILFITRI WILAYAH PERSEKUTUAN 2020 (SYAWAL '20) ]

                                      

KAHERAH, 28 MEI 2020 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Sambutan Aidilfitri Wilayah Persekutuan 2020 (SYAWAL ‘20) telah selamat melabuhkan tirai pada 25 MEI 2020. SYAWAL ‘20 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menyambut hari lebaran di bumi Mesir. Ahli jawatankuasa program ini terdiri daripada 13 orang, 7 orang mahasiswa dan 6 orang mahasiswi. Program ini telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula pada 23 MEI 2020 sehingga 25 MEI 2020.

Antara objektif yang diketengahkan oleh SYAWAL ‘20 pada kali ini ialah menyambut serta menghidupkan suasana Aidilfitri anak- anak Wilayah Persekutuan dan mengeratkan ukhuwah antara anak- anak Wilayah Persekutuan.


Program SYAWAL ‘20 telah dimulakan dengan perutusan syawal yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKAWM sesi 2019/2020, saudara Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri. Aktiviti diteruskan dengan video ucapan perantauan oleh ahli Wilayah Persekutuan yang beraya di bumi Mesir dan takbir raya di setiap aras Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.





Program SYAWAL ‘20 pada kali ini juga sama seperti IHTIRAM ‘20 iaitu hanya berfokus di dalam rumah sahaja. Akan tetapi, ada beberapa acara yang dilonggarkan iaitu menunaikan solat sunat raya Aidilfitri di surau kedua- dua asrama. Namun begitu, solat sunat ini ditunaikan mengikut prosedur yang ditetapkan seperti menjaga jarak antara jemaah, memakai topeng muka dan memakai hand sanitizer.


SYAWAL '20 turut diserikan dengan tazkirah dhuha khas SYAWAL ‘20 yang disampaikan oleh Penasihat BKAWM sesi 2019/2020, saudara Muhammad Aiman bin Md Rashid yang dilaksanakan dalam bentuk video. Acara diteruskan lagi dengan edaran juadah jamuan hari raya Aidilfitri di setiap rumah memandangkan acara perkumpulan tidak dibenarkan.




Meraikan Aidilfitri diiktibarkan sebagai satu kemenangan buat umat islam yang telah berjaya menahan diri daripada makan, minum serta segala perkara yang membatalkan puasa.


Harapan kami agar sambutan hari raya Aidilfitri pada kali ini dapat dihayati oleh seluruh anak Wilayah Persekutuan sebagai suatu kemenangan. Semoga kemenangan yang menjadi sambutan tahun ini meningkatkan rasa syukur kita sesama insan.


Disediakan oleh:
MOHAMAD AIMAN BIN MOHAMAD GHAZALI
Setiausaha,
Sambutan Aidilfitri Wilayah Persekutuan 2020 (SYAWAL ’20),
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir
sesi 2019/2020.

"Keampunan Dipinta, Ukhuwah Dibina"

"Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan
Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]