[ LAPORAN PERTEMUAN BKAWM BERSAMA PPMM ]


Pada tarikh 5 Jun 2020 (Jumaat), bertempat di Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir, beberapa orang wakil pimpinan BKAWM yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri, Yang Dipertua BKAWM sesi 2019/2020 telah mengadakan pertemuan  bersama Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Azrul bin Ismail. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Muhammad Aiman bin Md Rashid selaku Ketua Penasihat BKAWM sesi 2019/2020 dan juga beberapa penasihat yang lain.

Gambar ketika kunjung hormat BKAWM bersama PPMM pada 30 Mac 2020.

Pertemuan ini dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri yang dimulai dengan penerangan serta tujuan perjumpaan tersebut dilaksanakan. Pertemuan kali ini berfokus kepada pengurusan yang berkaitan dengan Pandemik COVID-19. Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan dua hala di antara pimpinan BKAWM dan Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan.

Dalam pertemuan tersebut, peringkat Pegawai telah mengingatkan beberapa perkara dan juga telah menatijahkan beberapa keputusan yang disepakati secara bersama. Antaranya ialah:

1) Pendirian Atase Pendidikan masih seiring dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK)  iaitu para pelajar digalakkan untuk kekal di Mesir.

2) Elakkan daripada menimbulkan sebarang isu mahupun situasi panik terutama berkaitan COVID-19.

3) Pihak Atase Pendidikan meminta agar semua penghuni Asrama Wilayah Persekutuan Lama (AWPL) dan Asrama Wilayah Persekutuan Baharu (AWPB) supaya mematuhi pekeliling semasa yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM).

4) Bagi penghuni rumah sewa, diminta agar mematuhi segala arahan yang telah digariskan oleh Kerajaan Mesir dan sentiasa berhubung rapat bersama Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan.

5) Bagi pelajar-pelajar yang pulang ke Malaysia, anda diminta memaklumkan kepulangan anda kepada Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan dan Yang Dipertua BKAWM.

6) Dalam pertemuan ini, turut diadakan perbincangan berkaitan persediaan dari segi kebajikan dan keselamatan yang akan diberikan kepada pelajar tahun akhir sekiranya peperiksaan tetap dijalankan.

7) Peringkat BKAWM sentiasa berhubung rapat bersama pihak Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan dalam menyalurkan maklumat dan memberikan sebarang cadangan pelaksanaan kebajikan yang mampu diketengahkan kepada seluruh anak Wilayah Persekutuan di Mesir.

8) Jika berlaku sebarang permasalahan, diminta untuk merujuk kepada Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan bagi tindakan selanjutnya.

9) Akhir sekali, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan turut menasihati seluruh anak Wilayah Persekutuan di Mesir agar mengikuti nasihat serta saranan daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan sentiasa berwaspada serta peka terhadap ancaman penyakit yang berbahaya ini dan terus mengambil tindakan pencegahan setiap masa sebagaimana yang telah ditetapkan.

Pertemuan tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Peringkat BKAWM mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian peringkat Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan menerima kunjungan kami. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik dan kerjasama antara peringkat BKAWM dengan Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) bagi menjaga kebajikan pelajar di Mesir.

"Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]