[ TINTA SISWA: RUSSIA VS UKRAINE ]


[ TINTA SISWA: RUSSIA VS UKRAINE ] 

Firman Allah SWT:

{ ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِی ٱلنَّاسِ لِیُذِیقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِی عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ }

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

(Surah ar-Rum: Ayat 41)

Sebelum ini kita digemparkan dengan suatu pencerobohan yang dilakukan oleh tentera Russia terhadap penduduk Ukraine yang mana pencerobohan ini mengorbankan hampir 24 000 orang awam.

Krisis ini berlaku rentetan daripada peristiwa perang Russia-Ukraine apabila Ukraine meminta untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (PPAU) atau lebih dikenali sebagai North Atlantic Treaty Organisation (NATO) pada sekitar tahun 2014. Hal ini menimbulkan kebimbangan kepada Russia yang mempunyai peristiwa hitam terhadap negara sekitarnya iaitu perang Poland-Lithuania (1609), Perancis (1812), Poland (1920) dan Jerman (1941). 

Pada tahun 2021, Ukraine kembali meminta izin Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden untuk menyertai PPAU, bertitik tolak pada itu Russia mengerahkan lebih 100 000 tenteranya di sempadan Ukraine selepas mengemukakan dua draf perjanjian yang mengandungi permintaan yang disebutkan sebagai "jaminan keselamatan" termasuk janji yang mengikat secara sah bahawa Ukraine tidak akan menyertai PPAU serta pengurangan kehadiran tentera PPAU dan perkakas ketenteraan yang ditempatkan di Eropah Timur dan mengancam tindak balas ketenteraan yang tidak dinyatakan jika tuntutan tersebut tidak dipenuhi sepenuhnya. 

Amerika Syarikat dan ahli PPAU telah menolak permintaan ini dan memberi amaran kepada Rusia tentang peningkatan sekatan ekonomi sekiranya ia terus menyerang Ukraine. Rundingan diplomatik A.S.-Russia dua hala telah diadakan pada Januari 2022, tetapi ia gagal meredakan krisis.

1) Krisis ini sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi global dunia yang mana kedua negara ini memainkan peranan penting dalam pelaburan dan pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia. Sekatan yang telah dilancarkan oleh kuasa barat ke atas Russia mengakibatkan tiada pengeluaran barang seperti minyak, gandum dan logam.

2) Jason Furman, seorang ekonomis dari Harvard merangkap penasihat Barack Obama berkata,
“Russia is incredibly unimportant in the global economy except for oil and gas”, “It’s basically a big gas station”.

Russia merupakan negara yang mengeluarkan minyak sebanyak lebih 1/3 kepada eropah iaitu sebanyak 40% daripada sumber gas semulajadi dan 25% minyak. Hal ini membuatkan kadar permintaan minyak di eropah naik mendadak dan kadar simpanan minyak di rantau tersebut tidak mencapai 1/3 daripada kapasiti simpanan yang ditetapkan.

3) Gandum merupakan bekalan makanan asasi umumnya kepada negara timur tengah, di mana Russia dan Ukraine mewakili ¼ daripada pembekalan gandum dunia tambahan pula Russia  merupakan pembekal gandum nombor 1 dunia. Mesir dan Turki masing-masing mengimport 70% gandum daripada Russia, Ukraine pula mengimport 40% kepada negara-negara timur tengah antaranya ialah Lubnan yang mengimport hampir 50% gandum.

Pengajaran yang kita dapat daripada peritiwa ini ialah:

1) Kestabilan geopolitik merupakan aspek yang besar terhadap sesuatu negara.
2) Hubungan yang baik di antara negara jiran perlu diperkemaskan bagi menghindari perpecahan dan peperangan.
3) Sesebuah negara perlu bijak mengatur langkah kestabilan ekonomi bagi mengurangkan kadar inflasi di dalam segenap sektor kehidupan.

Disediakan oleh:
MUHAMMAD RUSLI AKMAL BIN MOHD HAFIZ
Setiausaha,
Unit Ekonomi BKAWM sesi 2021/2022

“Memurnikan Kesatuan, Melestarikan Kebajikan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]