Posts

IJTIMAK FASILITATOR PMRAM CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Image
KAHERAH, 3 Februari 2015 - Buat pertama kalinya Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Jabatan Fasilitator (JATA) telah menganjurkan Ijtimak Fasilitator. Program yang ber langsung selama lebih kurang dua jam ini telah dihadiri oleh se mua fasilitator Discussion Group (DG) yang terdiri dari kalangan siswa dan siswi. Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKAWM turut sama hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Program ini diadakan di Dewan Sri Putra , Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) pada jam 8 hingga 10 pagi.

REHLAH KE DUMYAT SELEPAS MUSIM IMTIHAN

Image
KAHERAH , 30 Januari 2015 - Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengadakan rehlah ke Dumyat pada hari Sabtu yang lalu. Seramai 19 orang peserta yang terlibat terdiri daripada anak -anak Wilayah Persekutuan sendiri dan seorang wakil dari pada PPMM.

WILAYAH SPORT'S DAY MENGASAH BAKAT AHLI DALAM SUKAN

Image
KAHERAH, 30 Januari 2015 - Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan program buat julung-julung kalinya iaitu Wilayah’s Sports Day (WISE) dengan tema ‘’Healthy Body, Healthy Mind’’. O bjektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli di samping ingin mewujudkan suasana hidup yang sihat melalui aktiviti kesukanan.

Siswi Exploration : Alexandria 2015 (SEA '15)

Image
Menjejaki Kota Sejarah, Mengambil Ibrah  KAHERAH, 3 Februari 2015 – Berjalan mengenal alam, menghirup udara segar sambil disapa lembut bayu laut merupakan kenangan indah sepanjang mengikuti program Siswi Exploration: Alexandria (SEA ’15) 31 Januari yang lalu.  Program anjuran Unit Perumahan dan Rehlah, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir ini merupakan a ktiviti musim sejuk khusus buat mahasiswi bersempena tamatnya peperiksaan fasa satu, 22 Januari lalu. Program ini juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman peserta terutama nya tentang sejarah para ulama yang hebat yang semadi kan di bumi Iskandariah. Selain itu, tautan ukhuwah juga semakin erat melalui permusafiran ini.

MUSIM CUTI MUSIM UJIAN YANG SEBENAR

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW yang dengan perit jerih perjuangan baginda menyampaikan risalah yang hakiki dapat kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat i man dan Islam.

PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN

Image
KAHERAH , 16 Disember 2014 – Unit Tabung Kebajikan di bawah Lajnah Kebajikan BKAWM sesi 2014/2015 telah membuat pelancaran bagi kutipan Tabung Kebajikan pada sesi ini. Pelancaran tabung kebajikan ini dibuat semasa berlangsungnya P rogram R amah M esra bersama D elegasi MAIWP yang datang meziarahi anak-anak W ilayah Persekutuan baru-baru ini. Gimik pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Haji Zainal Abidin b in Jaafar selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan ( ARWP ) .

KESELAMATAN MENJADI TUNTUTAN DALAM ISLAM

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ Sesungguhnya balasan bagi orang yang memerangi Allah dan Rasulnya serta melakukan kerosakan di muka bumi. Mereka akan dibunuh dan disalib atau dipotong tangan dan kaki bertimbal balik atau dibuang negeri itu adalah penghinaan bagi mereka di dunia dan akhirat nanti merka akan beroleh siksaan yang amat besar. (Surah al-Maidah ayat 33) Keselamatan adalah merupakan perkara yang menjadi keperluan asas bagi setiap insan untuk hidup bahagia di dunia ini. Islam merupakan suatu agama yang memandang berat terhadap aspek keselamatan umatnya dan alam seluruhnya. Ini sesuai dengan pengertian yang terangkum di dalam istilah الإسلام itu...