Posts

[ TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

Image
[ TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ] 18 APRIL 2018: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM yang pertama iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keperihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah. Peperiksaan semester kedua khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2017/2018 akan bermula pada bulan Mei 2018. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 18 April 2018. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan seluruh mahasisw...

[ TINTA DAKWAH: SUDAHKAH KITA BERTAQWA? ]

Image
Sudahkah Kita Bertaqwa? Taqwa menurut al-Quran: Dalam kitab Minhaj al-Abidin, Imam Ghazali menyenaraikan makna taqwa mengikut al-Quran iaitu: 1)    Taat 2)    Takut 3)    Membersihkan hati daripada sebarang kederhakaan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Siapa yang taat kepada Allah dan rasulNya, dan takut kepada Allah serta bertaqwa kepadaNya maka mereka ialah orang yang beruntung." (Surah an-Nur:52) Taqwa dari segi bahasa bererti pemeliharaan, penjagaan atau perlindungan. Imam Ghazali telah membahagikan taqwa itu kepada dua bahagian: Pertama, taqwa fardu iaitu istiqamah dan taat menjaga diri daripada melakukan perkara yang haram. Kedua, taqwa adab iaitu menahan diri daripada berlebih-lebihan dengan perkara yang halal kerana takut dihisab dan malu kepada Allah pada hari kiamat kelak. Orang yang bertaqwa akan sentiasa memelihara semua batas dan hukum-hukum agama. Apabila seseorang memelihara hukum-hukum Allah, maka Allah akan ...

[ INFO IQTISODIAH: PERANAN WAKAF DALAM EKONOMI ISLAM ]

Image
Peranan Wakaf Dalam Ekonomi Islam Ekonomi Islam memainkan peranan penting dalam kehidupan era globalisasi di dalam perkembangan rezeki manusia. Aspek ekonomi Islam meliputi banyak perkara seperti infaq, zakat, pusaka serta wakaf. Wakaf memainkan peranan penting sebagai institusi ekonomi umat Islam. Ianya perlu dikembangkan dengan cara yang baik dalam membantu perkembangan ekonomi Islam dengan cara mekanisme perkongsian harta kekayaan seseorang dengan orang lain. Konsep Wakaf Wakaf berasal dari perkataan Arab: waqafa . Ia membawa berbagai pengertian, antaranya: berhenti, mencegah dan menahan. Para fuqaha sepakat mentakrifkan wakaf mengikut istilah bahasa dengan al-habs ertinya menahan, kerana perkataan al-ha b s itu lebih hampir kepada pengertian syarak. Lebih-lebih lagi perkataan al-ha b s itu banyak diucapkan oleh Rasulullah SAW dalam beberap a buah hadisnya, antaranya: " حَبِّسِ الأَصْلَ وَسَبِّلِ الثَّمَرَةَ "   “Wakafkanlah tanah itu dan ...

Video Rasmi BKAWM sesi 2017/2018

Image

[ KALAM PIMPINAN : KEBERKATAN DI SEBALIK UJIAN ]

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, pencipta segala makhluk, sungguh tidak ada tuhan selain Dia. Seterusnya selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta para pengikutnya. Semoga Allah menilai tulisan ini sebagai satu sumbangan yang kecil untuk menguatkan jiwa-jiwa kita dalam menghadapi  tempoh ujianNya. Sebelum masuk kepada perspektif keberkatan, mari kita menghayati dahulu apa itu ujian yang sebenarnya. Adakah ianya satu perkara yang sengaja  Allah datangkan kepada kita? Tidak. Ayat berkaitan ujian yang dirakamkan di dalam al-Quran bukanlah sengaja diturunkan, tetapi untuk Allah SWT menguji hambaNya sejauh manakah Allah SWT di hati kita. Ujian itu tidak berfokus kepada bala bencana yang diturunkan Allah SWT sahaja bahkan, ujian yang terbesar bagi yang bernama manusia adalah kebahagiaan, kekayaan dan kesenangan. Mengapa saya kata begitu? Ya, kerana bilamana kita berada di ‘zon seles...

[ KOMIK HISBAH | IKHTILAT HARAM ]

Image
[ KOMIK HISBAH | IKHTILAT HARAM ] Terlalu ramai ulama yang sudah menulis kesan buruk ikhtilat tidak syari’e. Tetapi, ramai yang tidak endah dan menganggap ia seolah-olah perkara kecil. Kalau kita tidak menjaga ikhtilat, iaitu pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram, maka kita akan senang dijangkiti penyakit hati. Apabila mata suka memandang kepada ajnabi, Apabila mulut suka berbual kosong dengan ajnabi, Apabila telinga suka mendengar suara ajnabi, Apabila tangan suka bermesej dengan ajnabi, Apabila kaki suka melangkah bersama ajnabi, Apabila diri suka meraih perhatian ajnabi, Maka kita akan mudah jatuh hati. Dari situ, syaitan akan mula menggerakkan operasi mereka untuk mengheret kita ke arah yang lebih dimurkai Allah. Namun, isu ikhtilat ini masih dianggap remeh, bahkan ramai “pendakwah muda” yang tidak menjaga perkara ini, berpasangan islamik dan sebagainya. Sangat parah. Kalau pendakwah pun begitu, bagaimana pula orang awam? Adakah kita ha...

[ TINTA DAKWAH:HABLUM MINALLAH HABLUM MINANNAS ]

Image
HABLUM MINALLAH HABLUM MINANNAS BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana masih diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Firman Allah SWT : {ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه إن الله بلغ أمره قد جعل الله لكل شيء قدرا} Maksudnya: " Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan membukakan jalan keluar baginya dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bahagi setiap sesuatu. " Berdasarkan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan memberi rezeki ...