Posts

[ KALAM PIMPINAN: WEHDATUL UMMAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: WEHDATUL UMMAH ] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين Firman Allah SWT: ‎إِنَّ هَـٰذِهِۦۤ أُمَّتُكُمۡ أُمَّةࣰ وَ ٰ⁠حِدَةࣰ وَأَنَا۠ رَبُّكُمۡ فَٱعۡبُدُونِ     “Sesungguhnya ini umatmu umat yang satu dan Akulah Tuhan kamu, maka sembahlah Aku.” (Surah al-Anbiya': Ayat 92) Berdasarkan firman Allah SWT di atas, Allah menerangkan bahawa umat Islam merupakan wehdatul ummah iaitu umat yang bersatu dan kita selaku umat Islam pada hari ini harus bersyukur bahawa Allah telah menjadikan kita sebagai umat yang satu dengan berusaha menjaga persatuan dan kesatuannya. Namun yang terjadi pada hari ini adalah sebaliknya, bahkan sebahagian pengikut agama Islam sendiri telah menjadikan umat berpecah belah menjadi beberapa golongan dan masing-masing berbangga dengan golongannya. Manusia berlumba-lumba untuk mengejar nikmat dunia, harta, pangkat sehingga akhirnya mereka saling berpecah-bel...

[ BERITA: PERTEMUAN ANTARA BKAWM DAN KSMR MESIR ]

Image
[ BERITA: PERTEMUAN ANTARA BKAWM DAN KSMR MESIR ] KAHERAH, 22 FEBRUARI 2022 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menerima kunjungan hormat daripada Kelompok Studi Mahasiswa Riau Mesir (KSMR) bertempat di Bilik Tutor, Asrama Wilayah Persekutuan Baharu. Pertemuan ini bertujuan untuk kolaborasi dalam program kesenian dan kebudayaan yang akan dianjurkan oleh KSMR. Pertemuan dimulai dengan ucapan pengerusi majlis, kemudian bacaan ayat al-Quran yang telah dialunkan oleh saudara Rizki Hidayatullah dan pertemuan ini diteruskan lagi dengan sesi perkenalan portfolio di antara BKAWM dan KSMR. Seterusnya, Wakil Gabenor KSMR, saudara Rido telah menyampaikan ucapan sekaligus memperkenalkan Persatuan KSMR diiringi ucapan Timbalan Yang Dipertua BKAWM sesi 2021/2022, saudara Muhammad Faiz bin Mohamad Shaharin. Pertemuan diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja oleh saudara Indri Wahyudi dan diakhiri dengan ramah mesra. Di kesempatan ini, kami in...

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

Image
[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ] Firman Allah SWT: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱدۡخُلُوا۟ فِی ٱلسِّلۡمِ كَاۤفَّةࣰ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ ﴿ ٢٠٨ ﴾  Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” [ Surah al-Baqarah: Ayat 208 ] Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah.  Dengan berlalunya imtihan fasa satu baru-baru ini, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group (DG) Manhaji adalah pada 11 Februari 2022...

[ KALAM PIMPINAN: ADAB, ILMU DAN AMAL ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: ADAB, ILMU DAN AMAL ] بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسوله الكريم أرسله ربه رحمة للعالمين هاديا ومبشرا ونذيرا وداعيا إلى الله بإذنه وسراجا منيرا وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين. Alhamdulillah bersyukur pada Allah SWT atas nikmat Iman dan Islam. Moga-moga dengan nikmat yang Allah kurniakan menjadi kekuatan kepada diri kita selaku khalifah di muka bumi ini untuk terus berusaha menegakkan agama Allah. Selawat dan salam buat junjungan baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan tabi tabiin. Berkaitan tajuk di atas, saya ingin menyatakan bahawa adab, ilmu dan amal mestilah bersama dan saling melengkapi. Jika tiada salah satu maka kita akan dapati sedikit kelompongan atau kecacatan.  1. ADAB Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, adab membawa maksud tingkah laku serta tutur kata yang sopan. Secara ringkasnya adalah akhlak yang baik. Kenapa pentingnya akhlak yang baik? Kerana nabi kita...

[ KALAM PIMPINAN: IRSYAD QIYADAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: IRSYAD QIYADAH ]  بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين  Pertama dan utamanya kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad pesuruh Allah juga kekasih Allah.  Mengajak kepada seluruh pembaca agar sama-sama kita merenung nikmat yang diperolehi pada hari ini. Mungkin ada daripadanya telah dimakbulkan oleh Allah SWT. Juga ada yang tidak pernah pun dipinta, tetapi ia tetap hadir mencurah kepada kita.  Sekilas pandang kelebihan yang diperoleh ini mungkin memberi kesan yang sedikit. Hakikatnya nilaian Allah itu telah dijanjikan bahawa baik buruk itu dinilai walaupun sekecil zarah sekalipun.  Allah SWT telah berfirman dalam kitab al-Quran:  وَلَوۡ أَنَّمَا فِي ٱلۡأَرۡضِ مِن شَجَرَةٍ أَقۡلَٰمٞ وَٱلۡبَحۡرُ يَمُدُّهُۥ مِنۢ بَعۡدِهِۦ سَبۡعَ...

[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

Image
[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ] 17 Disember 2021: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sangat menitikberatkan aspek pendidikan bertepatan dengan misi pertama BKAWM iaitu "Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik". Hal ini menunjukkan keprihatinan dan kecaknaan BKAWM kepada mahasiswa di sini untuk sentiasa meningkatkan kualiti dan mutu sebagai seorang mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam akademik. Peperiksaan semester pertama khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2021/2022 akan bermula pada pertengahan bulan Januari 2022. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021/2022 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 17 Disember 2021. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan keroh...

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ] Firman Allah SWT: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا یَسۡخَرۡ قَوۡمࣱ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰۤ أَن یَكُونُوا۟ خَیۡرࣰا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَاۤءࣱ مِّن نِّسَاۤءٍ عَسَىٰۤ أَن یَكُنَّ خَیۡرࣰا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِیمَـٰنِۚ وَمَن لَّمۡ یَتُبۡ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang...