Dewan Sri Putra Ketiga Terbaik



ARMA, 6 DIS - Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam Pertandingan Surau Contoh Asrama-Asrama Malaysia Kaherah sempena Sambutan Maal Hijrah yang berlangsung di sini. Sebelum ini, ARWP juga mencipta sejarah yang manis apabila ARWP di rasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom.

Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Jamil bin Hasim dan tempat pertama disandang oleh Surau Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) diikuti Surau Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) dan Dewan Sri Putra, ARWP.

Pada malam itu juga, diadakan Forum Motivasi sempena Maal Hijrah di bawah anjuran Education Malaysia (EM) di sini. Forum tersebut telah menampilkan dua orang motivator iaitu Syeikh Muhammad Abdul Aziz dan Puan Zahra' bti Ahmad. Kepetahan dua orang motivator ini telah menggamitkan suasana dewan ARMA tersebut. Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menghantar tiga orang wakil untuk mengiringi Pengurus ARWP, Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]