En. Yahya & YDP Turun Tanta


TANTA, 30 DIS – Buat pertama kalinya sejak kenaikan Encik Ahmad Yahya sebagai Pengurus ARWP turun melihat suasana mahasiswa/wi islam di Tanta bersama YDP BKAWM, Saudara Mohammad Adlly untuk bertemu dengan pelajar tajaan MAIWP dan Bantuan Khas sekaligus menyerahkan cek.

Wilayah Tanta yang dikenali dengan nama Ardul Badawi sempena nama seorang ulama sufi yang bernama Syeikh Ahmad Badawi. Almarhum merupakan seorang sufi yang taat pada suruhan ALLAH S.W.T dan penuh dengan karamah semasa hayat beliau. Beliau amat berjasa dengan penduduk di Tanta ketika waktu dahulu dan beliau di maqamkan di tengah-tengah Bandar Tanta di dalam sebuah masjid iaitu Masjid Al-Badawi.

Turut hadir dalam sesi penyerahan cek tersebut ialah wakil dari PMRAM Cawangan Tanta, Saudara Ilyas, Saudara Mawardi (TYDP BKAWM), Saudara Syafiq (SUA BKAMW) dan Saudara Umar (UPEP). Majlis tamat selepas waktu asar.







Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

Kepentingan Solat Berjemaah