Kepulangan Tokoh BKAWM Yang Terbaik


KAHERAH, 26 Dis- Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Ungkapan yang sentiasa dikaitkan dengan perpisahan. Begitulah yang terjadi pada seluruh ahli BKAWM dengan Saudara Ibrahim serta keluarga yang telah pulang ke tanah air semalam . Sebelum ini telah diadakan Majlis Wada' di ARWP untuk Saudara Ibrahim serta seorang lagi permata BKAWM yang akan pulang tidak lama lagi, Saudari Nur Hazirah Bti Azizan.

" Jaga dan peliharalah persatuan ini(BKAWM) dan kukuhkanlah ukhuwah semua ahli BKAWM demi kesatuan ini untuk masa akan datang," ujar beliau sebelum chek in. Begitu tingginya harapan beliau kepada seluruh ahli BKAWM supaya masing-masing cakna dan mengambil berat mengenai Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang merupakan penaung kepada anak-anak Wilayah di Perlembahan Nil.

Tidak dapat digambarkan betapa banyak jasa dan pengorbanan beliau kepada BKAWM sehingga di anugerahkan sebagai Tokoh BKAWM selepas Mesyuarat Agung Tahunan (MAT 12) BKAWM pada bulan September yang lepas. Beliau yang sudah berkahwin tidak jemu-jemu memberi semangat dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli BKAWM khususnya AJKT BKAWM.

Kepulangan beliau meninggalkan seribu satu makna dan kenangan dalam sanubari setiap ahli BKAWM yang tetap bersama sejak dari penubuhan BKAWM yang dulunya dikenali sebagai Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur Mesir (BKAKLM).Pasti selepas ini tiada lagi suara jeritan dan tangisan anak-anak beliau yang bernama Adam Zuhdi dan Afif Zuhdi. Suasana sedih dan hiba menyelubungi kawasan chek in apabila Saudara Ibrahim dan Saudari Fauzilah serta anak-anak mereka masuk ke kawasan timbangan beg.

Turut hadir semalam ialah Encik Ahmad Yahya Bin Mohd Haniff serta keluarga, Saudara Hairul Nizam Bin Mat Husain (mantan YDP BKAWM dan PMRAM) serta keluarga, saf kepimpinan BKAWM dan ahli-ahli BKAWM.
















0 comments:

Post a Comment

Blogroll