Keberkatan Doa Awal Tahun Hijrah Ditagih



DEWAN SRI PUTRA, 6 DIS - Apabila kita menyingkap kembali Sirah Perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. semasa Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah semata-mata perintah dari ALLAH S.W.T dengan satu tujuan untuk mengembangkan Agama Islam yang suci ini. Kejayaan yang terbesar diperolehi oleh Nabi Muhammmad S.A.W. bersama-sama dengan para sahabat baginda ialah kekuatan yang terbina diantara Kaum Muhajirin dan Ansar yang membina dan mengukuhkan kekuatan Islam itu sendiri dan membuktikan bahawasanya Islam tidak boleh di pandang enteng.

Semestinya 1 Muharram akan memberikan kesan yang mendalam kepada semua umat islam dalam mencari kehebatan Islam itu sendiri. Peristiwa yang telah termaktub di dalam lebaran Sirah Perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru itu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan bacaan doa akhir dan awal tahun secara beramai-ramai di Dewan Sri Putra. Dengan tujuan untuk mengembalikan semangat dan azam yang lebih kuat untuk menghadapi masa-masa yang mendatang di muka bumi ALLAH S.W.T. ini.

Bacaan doa akhir dan awal tahun telah dikendalikan oleh Saudara Mohd Firdaus bin Abdul Hadi, Ketua Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan (LDPI) sambil diikuti oleh hampir kesemua penghuni ARWP. Sambutan yang menggalakkan telah diberikan oleh semua penghuni ARWP ikhwah mahupun akhawat. Majlis berakhir setelah masuknya waktu maghrib dan azan dilaungkan oleh Saudara Arif.







Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]