Jaulah Ruhiyyah DG Amali Akhawat Mencapai Matlamat



KAHERAH, 17 DIS – Bersempena dengan Discussion Group (DG) amali gabungan mahasiswi perubatan dan pengajian islam pada minggu ini, Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) dengan kerjasama Unit Perumahan dan Rehlah 9(UPR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir(BKAWM) sesi 2010/2011 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Jaulah Maqam sekitar Kaherah. Pada jam 8.00 pagi peserta telah berkumpul bagi mendengar taklimat ringkas dari Ketua Musyrif, Saudara Faiz Mat Zaid juga selaku Ketua Unit Fasilitator.

Objektif utama mengadakan jaulah maqam ini tidak lain lagi adalah untuk memberi kesempatan kepada Mahasiswi Islam mengambil barakah para auliya Allah di maqam-maqam yang dilawati sempena dengan imtihan yang bakal menjelang, serta mendekatkan lagi diri kepada Allah SWT dan yang keduanya bagi mengeratkan lagi ukhuwwah dikalangan ahli DG dan fasilitator yang turut serta pada kali ini.

Perjalanan dimulakan dengan menziarahi Maqam Imam Syafie, di ikuti dengan Masjid Ibnu Tolun dan Maqam Imam Rifaie kemudian di akhiri dengan solat jumaat di Masjid Sultan Hassan. Para peserta juga diberi tugasan oleh fasilitator supaya membuat catatan mereka sepanjang perjalanan dan tiga orang yang terpilih sebagai catatan terbaik, mendapat cenderahati dari pihak penganjur.

Bagi peserta tahun 1 Perubatan Ain Syams beliau menyatakan “Jaulah Maqam pagi tadi amat menyeronokkan dan saya rasa teruja sekali, kerana maqam-maqam seperti ini tiada di Malaysia untuk kita lawati dan ianya satu pengalaman yang baru buat saya kali ini walaupun saya pernah pergi sebelum ini dan saya harap jaulah seperti ini dapat di buat lagi di masa akan datang.”
Manakala kata salah seorang peserta tahun 2 Perubatan Al-Azhar “ Walaupun saya pernah pergi jaulah sebegini, tetapi kali ini saya rasa seronok sangat dan excited. Pertama kali saya rasa terharu dan sedih apabila menziarahi maqam Imam Syafie, ianya memberi kesan kepada saya. Sepanjang perjalanan jaulah tadi saya bagaikan berada di dunia lain kerana dapat menghayatinya dengan lebih lagi apabila diberi penerangan bagi setiap tempat yang dilawati.”

" Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang memuaskan serta saya berharap agar program seperti ini dapat dijalankan pada masa-masa akan datang," ujar Saudara Fitry Iskandar bin Ismail selaku Ketua UPR BKAWM. Pihak penganjur berharap agar dengan menziarahi maqam-maqam tersebut dapat memberi pengajaran kepada semua peserta untuk menjadi seperti ulama` terdahulu yang bersungguh-sungguh menuntut ilmu duniawi mahupun ukhrawi dan lebih bersemangat meneruskan langkah kembara ilmu di Perlembahan Nil ini. Tiga buah tramco yang membawa para peserta selamat tiba di depan Asrama Wilayah sekitar jam 1.30 petang.













Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]