PROMISE Perintis Generasi Kepimpinan Islam


KAHERAH, 17 APR - Membina generasi pelapis dalam kepimpinan adalah merupakan salah satu Misi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi ini. Ia merupakan kesinabungan kepimpinan akan datang. Dengan itu di bawah Lajnah Perancang telah menganjurkan Program Pembangunan Mahasiswa Islam (PROMISE) buat julung-julung kalinya.

PROMISE adalah kesinabungan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) untuk generasi-generasi baru bagi mendedahkan dunia kepimpinan yang sebenar. Antara perbentangan yang dihidangkan dalam PROMISE sebanyak enam slot ialah Etika Pengurusan, Pengurusan Masa, Seni Komunikasi, Protokol Majlis, Pengendalian Mesyuarat dan Pendedahan Perancangan Strategi Organisasi.

Program yang berlangsung di Dewan Sri Putra, ARWP telah dihadiri oleh mahasiswa pengajian islam dan perubatan yang rata-ratanya generasi bakal kepimpinan akan datang. Selain itu juga, gabungan antara mahasiswa islam ini telah membuahkan hasil yang memberangsangkan dalam program ini dalam mencapai objektif program dan Misi BKAWM. Pada slot pertama, Etika JSUA dan JBA telah dibentangkan oleh Saudara Nur Waafi Bin Badruddin yang juga merupakan Bendahari Agung BKAWM. Respon yang ditunjukkan oleh mahasiswa islam amat memberangsangkan.

Paling menarik ialah perbentangan Protok Majlis dan Pengurusan Masa yang mana masing-masing dibentang oleh Setiausaha Agung PMRAM, Saudara Ahmad Taufiq Bin Mohd Dahlan dan Saudari Huzaifa Binti Hassan, Ketua Unit Pengetahuan Dan Penyelidikan HEWI PMRAM. Disamping memberi pendedahan dalam teori, ia juga diselitkan dengan praktikal yang melibatkan sebahagian mahasiswa. Dalam slot Pengerusan Masa, Saudari Huzaifa mengaitkan dengan Fiqh Aulawiyyat dalam membahagikan masa seperti Doruriyyat, Hajiyyat dan Tahsiniyyat yang selalu bermain dalam skop kepimpinan.

Manakala slot eksklusif bersama YDP BKAWM, Saudara Mohammad Adlly Bin Mohammad Bokhari, beliau menjelaskan bagaimana untuk merancang strategi organisasi yang berkesan dalam kepimpinan khasnya dalam BKAWM. Mahasiswa begitu tertarik dengan pembentangan yang disampaikan oleh Saudara Adlly. Pada akhirnya, sesi penyampaian cenderahati kepada Mahasiswa Harapan, Muhammad Ali Hafiz Bin Mohd Nazri dan Mahasiswa Harapan, Nur Syafiqqah Binti Amir Ramli serta nyanyian lagu tema Menuju Wawasan dengan penuh semangat dan bergambar beramai-ramai peserta dan AJKT BKAWM.
















Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]