M2M Mengegarkan Dewan Sri Putra


Dewan Sri Putra, 21 APR- Motivasi Munajat To Mumtaz (M2M) Siri 2 kembali lagi dengan bertemakan " Pembentukan Rohani Ke Arah Kecemerlangan Diri " sempena musim peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Motivasi kali ini menampilkan dua orang ahli panel iaitu Saudara Alif Bin Mahari merupakan graduan Universiti Al-Azhar Tanta, kini akan menyambung ke peringkat Master (MA). Panel yang kedua ialah Saudara Mohamad Hafiz Bin Hj Shamsuri, Mahasiswa Tahun 2 Perubatan Universiti Al-Azhar dan juga merangkap Unit Penerangan Dan Penerbitan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM).

Program yang bermula dengan solat hajat serta bacaan yasin diketuai oleh Ketua Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan (LDPI) BKAWM, Saudara Muhammad Firdaus Bin Abdul Hadi. Sejurus selepas solat isyak, program motivasi bermula apabila pengerusi umum membukanya dengan ummul kitab. M2M siri ini dipengerusikan oleh Saudara Muhammad Ilman Bin Abd Razak, antara persoalan yang ditanyakan ialah definasi rohani dalam Islam dan Perubatan, adakah pembentukan rohani membawa kepada kecemerlangan diri dan sebagainya.

Bagi Saudara Alif, beliau mengupas definasi rohani dalam perspektif Islam dan pembentukan rohani adalah amat penting dalam membantu kecemerlangan diri dalam apa jua keadaan sekalipun apatah lagi dalam menuntut ilmu. Beliau menyebut lagi, orang yang cemerlang ialah orang yang senantiasa bermuhasabah diri berdasarkan hadis yang dibacakan oleh beliau dan orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsu dan mengharapkan pertolongan ALLAH sedangkan dia tidak melakukan amal soleh.

Manakala ahli panel yang kedua mengaitkan rohani pada pandangan ilmu Perubatan bersesuaian dengan bidang pengajian beliau. Beliau menyebut rohani dalam Perubatan ialah naluri diri seseorang insan yang berkaitan dalam diri manusia. Tambah beliau lagi, kecemerlangan pada pandangan masyarakat ialah kelulusan dalam pelajaran dan menasihat kepada semua Mahasiswa Islam agar belajar dan mengutip ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan bila pulang ke Malaysia nanti.

Di akhir program, ahli panel dan moderator menerima cenderadurja dari YDP BKAWM, Saudara Mohammad Adlly Bin Mohammad Bokhari dan para pendengar di hidangi dengan tayangan montaj M2M Siri 2 dan jamuan malam.

Kehadiran mahasiswa yang memberangsangkan termasuk Badan Pengurus (BP) dan HEWI Angkat PMRAM BKAWM iaitu Saudara Ahmad Huzaifah Bin Fauzi, Saudari Atiyqah Binti Yusof dan Saudari Nor Hasyimah Binti Hassan.








Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]