BKAWM Memperhebatkan Misi Kebajikan


KAHERAH, 8 APR –Ketua Lajnah kebajikan, Badan kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2010/2011, Saudara Mawardi Bin Mohd Zain bersama beberapa wakil HEWI BKAWM, telah menziarahi Ustaz Mohd Faisal Bin Mohd Zakri sekeluarga dengan tujuan untuk menyalurkan sedikit bantuan kewangan sejumlah LE450 bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.

Turut menziarahi Pemangku Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM Saudari Nurain Binti Yaacob dan Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Saudari Norhashimah Binti Hassan serta saf kepimpinan HEWI BKAWM yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Hewi, Saudari Haizun Hasni Binti Mohd Azmi.

Anak kedua beliau yang bernama Barirah binti Mohd Faisal, yang baru sahaja berusia sebulan dilahirkan secara normal menghidapi penyakit jantung berlubang. Ibunya Ustazah Maryam Rani menyatakan pada awalnya beliau mendapati pernafasan bayi tidak lancar,maka beliau dan suaminya segera membawa anaknya untuk pemeriksaan pernafasan. Setelah di periksa mereka dimaklumkan bahawa bayi tersebut mengalami jantung berlubang. Sehingga kini anak pasangan ini masih membuat rawatan susulan bagi pemeriksaan lanjut adakah perlu dijalankan pembedahan atau tidak.

Dengan ini kami dari pihak Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir mengajak dan menyeru kepada seluruh ahli BKAWM untuk sama-sama menderma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh saudara Mohd Faisal sekeluarga dan mendoakan agar kesihatan adik Barirah kembali sihat seperti bayi-bayi lain.

Untuk menyalurkan sumbangan, anda boleh terus hubungi saudara Mawardi bin Mohd zain, Ketua Lajnah Kebajikan BKAWM di talian 0116304846 dan saudari Nurul Asyikin binti Hj.Kamaruddin di talian 014-2774923.

Pada pagi hari tersebut, Saudara Mohd Mawardi telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Saudara Ahmad Bin Ghazali kerana beliau telah mengidap penyakit Bypola yang memerlukan rawatan segera di Malaysia. Moga-moga sumbangan yang disalurkan sedikit sebanyak meringankan beban kepada dua ahli BKAWM yang telah diuji oleh ALLAH.


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]