MASYUK Meriah Kehadiran Memberangsangkan


KAHERAH, 7 APRIL - Dengan bertemakan “ Zahirkan Kesyukuran Anda Dengan Menyumbang ”,Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan Majlis Kesyukuran Anak Wilayah sempena OPS Piramid yang telah selamat tiba di bumi Anbiya’ di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).

Bermula jam 6 malam , anak- anak Wilayah yang hadir berkumpul bagi menunaikan solat maghrib berjemaah dan solat hajat bagi melahirkan rasa syukur di atas nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita untuk kembali menuntut ilmu di bumi anbiya’ini.
Majlis diteruskan lagi dengan pengisian rohani oleh Saudara Muhamad Zuhaili Bin Mohd Saiman, selaku pemangku Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM). Kesimpulan yang boleh di ambil dari tazkirah tersebut adalah revolusi yang dilakukan oleh rakyat mesir sama seperti apa yang dituntut dalam islam.

Dimana beliau mengaitkan dengan hadis yang menyebutkan tentang membantu saudara yang zalim itu dengan menghalangnya dari terus melakukan kezaliman. Pesan beliau lagi, gunakan wang saku yang diberikan dengan sebaiknya takut-takut itu sebenarnya istidraj.

Seterusnya, penyampaian sumbangan kepada lima Mahasiswa Wilayah yang tidak pulang ke Malaysia demi menjaga ARWP. Kemudian para hadirin disajikan dengan tayangan video yang mana diselitkan juga ucapan dari pegawai Asrama Rumah Wilayah Persekutuan(ARWP), En.Ahmad Yahya bin Mohd Hanif.Dalam ucapan beliau mengucapkan selamat datang kepada semua anak wilayah dan berpesan supaya semua Mahasiswa Perubatan dan Pengajian Islam dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran sekembalinya ke bumi mesir.

Beliau juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada MAIWP,BKAWM, lima perwira serta mana-mana pihak yang turut membantu secara langsung atau tidak langsung dalam proses penghantaran anak-anak Wilayah kembali ke Mesir.

Majlis yang berakhir dengan persembahan dari kumpulan Al-Wadi PMRAM dan jamuan makan malam . Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dari Education Malaysia (EM), pegawai-pegawai negeri, Yang Dipertua BKAN serta BP dan HEWI PMRAM.





0 comments:

Post a Comment

Blogroll