PENA Pembakar Semangat Naqib DG


KAHERAH, 20 APR- Berpandukan tema Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Keunggulan Ukhuwah Pemangkin Tarbiah, ia menjadikan inspirasi kepada Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan (LDPI) untuk memperkasakan Discussion Group (DG) di peringkat Wilayah Persekutuan.

Oleh demikian itu, pihak LDPI di bawah Jabatan Fasilitator telah mengadakan Pengisian Nuqaba (PENA) untuk semua Ketua dan Timbalann ketua DG dengan perbentangan yang bertajuk Feqh Dakwah. Perbentangan Feqh Dakwah telah di isi oleh Saudara Firdaus Bin Musa, Mahasiswa Tahun akhir Qiraat Shoubra.

Dalam perbentangan tersebut, beliau menekankan kepada semua ketua dan timbalan DG supaya mempelbagaikan perjalanan DG agar menjadi lebih menarik dan dapat menambat hati anak-anak DG untuk sama-sama mengikut dengan perasaan suka dan ikhlas. Tambah beliau lagi, untuk membawa panji-panji gerak kerja dakwah Islam bukanlah satu jalan yang mudah dan jangan di pandang enteng terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada semua ketua dan timbalan oleh BKAWM.

Selain itu juga, beliau turut menerangkan konsep Feqh Dakwah di zaman Nabi Muhammad S.A.W. dan seantero dunia kini. Beliau juga mengaitkan dengan kegemilangan Sultan Al-Fateh dalam membebaskan Konstantinopel dari cengkaman kuasa Rom.

Di akhir program, Yang Dipertua BKAWM Saudara Mohammad Adlly Bin Mohammad Bokhari menyampaikan cenderadurja kepada Saudara Firdaus Bin Musa. Semua Ketua dan Timbalan DG hadir pada PENA ini dengan memberikan komitmen yang tinggi.






Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]