Futsal Medan Ribat Ukhuwah


Nadi Syabab, 21 APR- Pepatah arab ada menyebut yang bermaksud "Akal yang sejahtera, tubuh badan yang sihat". Oleh yang demikian itu, Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan (UKKS) BKAWM telah berjaya mengadakan Futsal Taakhi bersama Bukhori FC di padang Nadi Syabab, Haiyu Sadis.

Apa yang menarik dalam futsal kali ini ialah, perlawanan ini diselitkan dengan pengisian rohani sebelum bermula yang telah di sampaikan oleh seorang ahli BKAWM iaitu Saudara Mohd Azamuddin Bin Yahya. Beliau menekan konsep kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan seorang manusia apatah lagi seorang muslim yang mana nikmat kesihatan adalah nikmat yang selalu manusia lupakan.

Pasukan BKAWM diketuai oleh Ketua UKKS sendiri iaitu Saudara Muhammad Nazmi Bin Abd Samat menunjukkan persembahan yang hebat dalam perlawanan tersebut. Bukhori FC yang rata-ratanya Mahasiswa Qiraat Shoubra tidak kurang hebatnya menunjukkan skil-skil dan corak permainan yang menarik.

Selepas perlawanan berakhir, sesi bergambar bersama-sama bagi mengikatkan ukhuwah antara dua hala. Kehadiran yang memberangsangkan dari kedua-dua belah pihak.








0 comments:

Post a Comment

Blogroll