Nantikan Kemunculan M2M siri 2


Sempena Imtihan yang akan datang, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) akan menganjurkan forum Motivasi Munajat to Mumtaz siri 2 anjuran Unit Pendidikan Dan Pengetahuan (UPEP) dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan (LDPI). Program Motivasi Munajat To Mumtaz (M2M) siri 2 ini adalah satu wasilah untuk kita mempertingkatkan usaha, motivasi diri dan doa kita kepada Allah SWT agar kejayaan yang kita akan rangkul dapat menyelamatkan diri kita di dunia dan akhirat.

Program ini akan berlangsung pada 21 April 2011, hari Khamis bertempat di Dewan Sri Putra Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Tema program kali ini ialah "Pembentukan Rohani Ke Arah Kecemerlangan Diri". Panel-panel yang hebat akan menemui anda dalam program M2M SIRI 2 ini. Pada kesokan paginya akan diadakan Qiamullail Berjemaah dan Tazkirah Subuh untuk mengisi rohani kita sempena fatrah imtihan. Jom beramai-ramai menghadirkan diri untuk bersama-sama mengambil tips-tips untuk berjaya dalam imtihan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk iklan di atas.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]