Majlis Perpisahan Naib Pengerusi HEWI I BKAWM dan Kak Nas.


ARWP, 23 JULAI - Setelah sekian lama mencurahkan jasa, bakti, tunjuk ajar dan nasihat kepada anak-anak Wilayah di sini, kini segalanya akan tinggal kenangan sahaja di satu sudut lubuk hati anak-anak Wilayah.

Kepulangan Saudari Haizun Hasni Bti Mohd Azmi selaku Naib Pengerusi HEWI I BKAWM ke tanah air pasti akan meninggalkan 1001 kenangan manis dan pahit bagi AJKT dan HEWI BKAWM serta ahli-ahli BKAWM amnya.



Majlis yang dianjurkan oleh ahli-ahli BKAWM yang diketuai oleh Yang Dipertua BKAWM, Saudara Mohammad Adlly B. Mohammad Bokhari serta disokong oleh Pengurus ARWP, En. Ahmad Yahya Bin Mohd Haniff.

Tujuan diadakan adalah untuk meraikan perpisahan beliau dan Kak Nas yang sentiasa mendampingi ahli-ahli BKAWM khususnya para akhawat.

Majlis malam itu diserikan dengan ucapan wakil HEWI BKAWM, Saudari Siti Norhalimah Bti Saleh. " Terima kasih kepada kakak atas tunjuk ajar, nasihat, teguran kepada kami HEWI dan juga para akhawat di sini, insyaALLAH kami doakan akak akan thabat dalam perjuangan di Malaysia kelak," ujar beliau.



YDP turut berucap pada malam tadi. " Saya mewakili AJKT dan para ikhwah mengucapkan terima kasih atas segalanya dan minta maaf jikalau ada terlanjur kata dan sebagainya," kata Saudara Adlly.





Majlis diserikan lagi dengan video khas untuk Saudari Haizun dan amanat terakhir beliau kepada semua ahli BKAWM serta ucapan perpisahan dari Kak Nas.



Majlis malam tadi berakhir dengan penyampaian cenderahati perpisahan yang disampaikan oleh Penasihat BKAWM, Saudari Mardhiah Bti Abdullah Rahim kepada Saudari Haizun Hasni Bti. Mohd Azmi.



Turut hadir pada malam tadi, Pengurus ARWP, En. Ahmad Yahya B. Mohd Haniff, Saudari Nurain Bti Yaacob selaku Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM, Saudari Siti Sarah Bti Busrah, HEWI Angkat BKAWM dan Saudari Mahfuzoh Bti Saidina Abu Bakar, Penasihat HEWI PMRAM.



Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]