Taakhi Zon B Gembleng Tenaga Menjayakan Kursus Laman Web


KAHERAH, 26 JULAI – Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) Taakhi Zon B PMRAM Cawangan telah menganjurkan satu kursus iaitu, Kursus Pembinaan dan Pengurusan Laman Web 2011 bertempat di Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Negeri Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM).

Kursus tersebut adalah anjuran bersama Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra (MAQAZ), Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI), Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM), dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM).

Antara pengisian kursus ialah, sesi 1 (Pengenalan Dan Pembinaan Web) dan sesi 2 (Reka Bentuk Dan Pengurusan Web). Kursus tersebut dianjurkan untuk mengembalikan keizzahan islam dalam arus teknologi maklumat dengan memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada peserta.



Setiap taakhi telah menghantar beberapa wakil menyertai program tersebut dengan tujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru supaya dapat melahirkan tenaga penggerak yang lebih ramai dan mahir dalam bidang ini di DPM, BKAN, dan PMRAM secara umumnya.



Majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh Saudara Mohamad Hilmi Bin Md. Yusof, Yang Dipertua BKPPPM sebagai tuan rumah. Kata beliau, kita sudah berada di penghujung sya’ban dan program ini merupakan ihya’ kepada permulaan menanti ketibaan bulan ramadhan.



Sehubungan dengan itu, media massa merupakan perkara yang penting dan laman web pula sering menjadi tumpuan serta ancaman. Bertepatan dengan objektif program dalam memastikan kesinambungan generasi azhari yang menyedari kepentingan gerak kerja amal islami dalam bidang dakwah.

Pengisian yang telah disampaikan oleh Saudara Abdul Hadi Bin Jusoh itu, mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan peserta. Beliau merupakan Mahasiswa Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra. Kata beliau “What You See You Get”. Kita boleh membantu individu yang lemah dari sudut penyampaian di laman web tetapi berbakat dalam bidang penulisan. Hal ini kerana laman web juga merupakan satu wasilah untuk menyampaikan dakwah.



BP Angkat MAQAZ, Saudara Norhalis Syafiq Bin Ahmad, Naib Setiausaha Agung Badan Pengurus PMRAM telah merasmikan perasmian penutup pada kali ini. Turut hadir Saudari Kamilah Binti Che Razali, Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) PMRAM. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada perasmi program serta penyampaian sijil kepada para peserta dan cenderahati kepada setiap Taakhi Zon B.



Pihak Komuniti pelaksana merakamkan jutaan terima kasih kepada BKPPPM, kerana memberi peluang kepada UPP Taakhi Zon B untuk mengadakan kursus kali ini di Dewan Soleh Al-Masri, BKPPPM. Tidah dilupakan kepada semua jawatankuasa pelaksana yang bertungkus-lumus menjayakan program yang julung kalinya diadakan bersama taakhi. Semoga para peserta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari dalam kursus tersebut.

-berita UPP BKAWM
-gambar UPP BKPPPM






Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]