Majlis Ramah Mesra bersama Y.B. Menteri dan KPE MAIWP


ARWP, 20 JULAI – Satu Majlis Ramah Mesra Anak-anak Wilayah bersama Y.B. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) , Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diadakan di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan(ARWP), Kaherah.

Antara dif-dif kehormat yang menghadiri majlis tersebut TYT Prof Madya Dato' Dr Fakhrudin bin Abdul Mukti, Duta Besar Malaysia Mesir, Prof. Madya Dr. Hj. Su’aidi bin Dato’ Hj. Safei, Pengarah Education Malaysia Egypt (EME), Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pegawai-Pegawai Kedutaan dan Rumah Negeri.

Kunjungan beliau ke bumi Mesir ini bertujuan merasmikan Seminar Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah serta beramah mesra bersama anak-anak Wilayah. Ini merupakan kunjungan rasmi yang kedua beliau selepas Majlis Perasmian ARWP yang telah disempurnakan oleh beliau pada tahun lepas.

Beliau menyampaikan ucapan dan diteruskan dengan sesi soal jawab bersama pelajar dan disambut baik oleh Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B). Majlis berakhir dengan penyampaian sumbangan daripada pihak MAIWP kepada BKAWM.

Adapun di sebelah malam, Majlis Ramah Mesra bersama Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, KPE MAIWP diadakan di Restoran El-Borg, Hayyu Sabiek. Dalam ucapan tersebut beliau menyampaikan kalam taujihad kepada anak-anak wilayah agar lebih serius dalam pembelajaran dan pembangunan modal insan supaya cemerlang dimasa hadapan.

Beliau juga menyatakan antara skim baru yang diperkenalkan oleh MAIWP adalah skim Bantuan Persediaan IPT dalam dan Luar Negara.

Majlis diserikan lagi dengan penyampaian anugerah cemerlang kepada empat orang pelajar tajaan MAIWP yang mendapat keputusan cemerlang di peringkat Pengajian Islam dan Perubatan.

Seterusnya penyampaian cenderahati dari pihak BKAWM kepada Dr. Muhammad Yamin bin Ismail. Para pelajar disajikan dengan hidangan makan malam yang istimewa.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada komuniti pelaksana Majlis Ramah Mesra 2011 dan pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll