BKAWM Menyambut Kelahiran Baru


30 JANUARI 2011 - Barisan AJKT Hal Ehwal Wanita Islam BKAWM telah menziarahi ahli yang baru saja menerima cahaya mata yang pertama.Mereka ialah pasangan Ustaz Muhammad Sayuti Bin Muhammad Zawahid dan Ustazah Nurul Izzah Binti Abdullah.

BKAWM mengucapkan tahniah kepada pasangan bertuah ini atas kelahiran bayi yang diberi nama Muhammad Jibril Bin Muhammad Sayuti.Muhammad Jibril dilahirkan pada pukul 3.00 pagi,25 Januari 2012 (bersamaan hari memperingati revolusi rakyat Mesir) di Hospital Zahra.

Semoga dengan kelahiran Muhammad Jibril dapat memberikan semangat dan menjadi kekuatan untuk pasangan Ustaz Muhammad Sayuti dan Ustazah Nurul Izzah untuk terus cekal dalam medan ilmu dan dakwah.

"Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan"

0 comments:

Post a Comment

Blogroll