Sambutan SINERGI ’12 menggalakkan



Ahad dan Isnin, 12dan13 februari - BKAWM melalui Lajnah Perancang telah mengadakan program pelapis atau program kepimpinan yang diberi nama Smart Ganeration ’12 (SINERGI 12), yang mana khusus untuk mengkader ahli-ahli yang berpotensi bagi menggantikan tampuk kepimpinan BKAWM sesi akan datang. Ia juga bagi menjayakan misi BKAWM yang ke-5 iaitu “Melahirkan Ganerasi Pelapis Yang Proaktif”. SINERGI pada tahun ini akan berlansung 2 fasa sebagai mana yang telah dirancang oleh lajnah perancang sesi ini, fasa pertama bertemakan “Kita BKAWM Dan Kefahaman” dan fasa kedua bertemakan “Pengurusan Organisasi” yang dijangka akan berlangsung selepas peperiksaan fasa 2.


Seramai 22 peserta yang melibatkan diri dalam SINERGI 12 kali ini, termasuklah mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam dan Perubatan. Program berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam pada kedua-dua hari tersebut bagi meraikan peserta-peserta ke kuliah pada siang harinya. Konsep mentor dan mentee adalah konsep yang dibawa bagi program SINERGI 12 tahun ini dan pada fasa pertama program ini hanya dihadkan pada mentee sahaja iaitu seramai 22 peserta yang terlibat untuk memberi fokus yang lebih untuk mereka memahami, mendalami dan menghayati konsep Amal Islami atau gerak kerja Islam. Kefahaman adalah perkara yang paling asas dalam berkerja untuk Islam, kerana itu Imam Hasan Al-Banna meletakkan ia sebagai rukun perjanjian yang pertama dalam susunan rukun perjanjian bagi seseorang yang menggabungkan diri dalam organisasi Islam.


Akhirnya, saya menyeru kepada semua ahli dan anak Wilayah sekalian untuk sama-sama kita mengambil kesempatan yang ada ini bagi menjayakan SINERGI 12 ini dengan meyumbang apa jua sumbangan untuk persatuan yang menjunjung tinggi kesatuan dan kebajikan untuk ahlinya dan umumnya anak-anak Wilayah Persekutuan. Wassalam.

“Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan”

Kesatuan, Kebajikan, Kecemerlangan.

Mohd Mawardi Bin Mohd Zain
Yang Dipertua, Ketua Lajnah Perancang
BKAWM sesi 2011 | 2012

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]