Kejohanan Futsal Wilayah 2012 (KIWI '12) Berakhir dengan Jayanya.

KAHERAH, 4 dan 5 februari 2012, Nadi Zahra’ hayyu asyir – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dibawah Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan buat julang kalinya telah menganjurkan Kejohanan Futsal Wilayah 2012 (KIWI ’12) yang bertempat di Nadi Zahra’, hayyu asyir.

Sehubungan dengan itu, seramai 12 pasukan telah meyertai Kejohanan Futsal Wilayah 2012 (KIWI’12), tidak ketinggalan juga 3 pasukan taakhi iaitu Terengganu, Kedah dan Dumyat, yang telah berlangsung selama 2 hari bermula pada pagi 4 februari dan berakhir pada petang 5 februari .

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh saudara Ibrahim bin Ani selaku Badan Pengurus Ketua Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Sukan PMRAM.

Pada hari pertama merupakan perlawanan peringkat kumpulan. Semua pasukan mengerahkan tenaga untuk memastikan pasukan mereka layak ke peringkat seterusnya. Peringkat kumpulan berakhir pada pukul 1 petang. Pasukan yang layak ke peringkat seterusnya Samy photo FC, Terengganu FC, Kedah FC, Kerang FC, Darul Rahim FC, Estaqoza FC, Syabab FC, dan Mustawa a’la FC.

Pada hari kedua, perlawanan peringkat kalah mati berlangsung. Para pegadil yang begitu mantap memastikan tiada kekasaran yang berlaku. Perlawanan yang sengit di antara Samy Photo FC bertemu Darul Rahim FC, kedudukkan seri dengan 1 berbalas 1. Sepakan penalti 3-2 menentukan pasukan Darul Rahim FC layak ke separuh akhir bertemu Bkan taakhi Terengganu.
Saat yang ditunggu-tunggu perlawanan final antara Bkan taakhi Terengganu bertemu dengan Dpm taakhi Dumyat iaitu pasukan Kerang FC. Perlawanan ini berakhir dengan kedudukkan 1 – 1. Kejohanan Futsal Wilayah 2012 (KIWI’12), telah dijuarai oleh Dpm taakhi dumyat, dengan sepakan penalti 2-1.

Majlis penutup telah dirasmikan dengan ucapan oleh saudara Mohd solehudin bin Mohd Safien selaku Badan Pengurus PMRAM yang turut hadir bagi memeriahkan lagi KIWI’12.

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah