Egypt Exploration Menghayati Sirah,Menyatukan Ukhuwah


Iskandariah,7 dan 9 Februari-Unit Perumahan dan Rehlah BKAWM Sesi 2011/2012 telah menganjurkan Egypt Exploration siri pertama ke Iskandariah.

Pada 7 Februari,trip pertama disertai 27 peserta siswi,seorang musyrif dan diiringi sepasang mutazawwijin.Trip ini bertolak daripada ARWP pada pukul 7.00 pagi dan sampai di Iskandariah sekitar pukul 12.30 tengah hari.Trip ini telah dipimpin oleh musyrif,saudara Muhammad Ilman Bin Abdul Razak menziarah ke tempat-tempat menarik di Iskandariah.Setelah seharian di Iskandariah,mereka selamat kembali ke ARWP sekitar pukul 11.30 malam.

Seterusnya pada 9 Februari,trip kedua disertai 21 peserta siswa dan diiringi seorang musyrif.Mereka bertolak daripada ARWP sekitar pukul 7.00 pagi dan tiba di Iskandariah pada pukul 10.30 pagi.Saudara Zuhaili Bin Zainal Abidin sebagai musyrif telah memipin dan memberikan penerangan tentang tempat-tempat menarik yang telah dilawati.Trip ini selamat kembali ke ARWP pada pukul 11.50 malam.

Antara destinasi menarik yang telah dilawati oleh kedua-dua trip tersebut ialah maqam Saidina Danial dan Luqman al-Hakim,Masrah Romany (Teater Rom),Kubu Sultan Qaitbay,Masjid Imam Bushari,Perpustakaan Iskandariah,Taman Muntazah dan akhir sekali Carefour Iskandariah.

Atas inisiatif daripada UPR untuk memupuk nilai ukhuwah dan kesatuan melalui jaulah kali ini,beberapa modul menarik telah dijalankan antaranya sistem "taakhi",kuiz sepanjang perjalanan dan penghayatan sirah Rasulullah SAW sempena menghayati Maulidur Rasul.

Semoga penghayatan sirah dan pengajaran yang didapati sepanjang Egypt Exploration kali ini dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.UPR khususnya dan BKAWM umumnya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai Egypt Exploration kali ini.Nantikan Egypt Exploration yang seterusnya.

"Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]