Menghayati Peribadi Mulia Rasul Junjungan SAW Sempena Maulidur Rasul



Dewan Sri Putra, 2 Februari - Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan,Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2011/2012 telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati hari kelahiran junjungan mulia,Rasulullah SAW yang merupakan rahmat bagi sekelian alam.

Majlis dimulakan dengan alunan qasidah selepas solat Maghrib oleh kumpulan qasidah BKAWM yang diketuai oleh saudara Muhammad Firdaus bin Abdul Hadi.
Majlis diteruskan dengan pembacaan hadis pilihan dari kitab Syamail Muhammadiyah yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazrul bin Abd Nasir, ikon yang tidak asing lagi dalam kalangan mahasiswa di Mesir.




Kemuliaan akhlak serta ketinggian peribadi Rasulullah SAW sedikit sebanyak telah dikupas dengan sungguh menarik. Dengan pembacaan hadis tersebut, pihak penganjur mengharapkan agar ahli yang hadir dapat mengambil manfaat untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai Qudwah Hasanah yang perlu diteladani.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan pelancaran Kempen TETRA atau Target, Transform, Achieve yang bertujuan untuk merealisasikan agenda pendidikan BKAWM.TETRA mensasarkan 3 objektif utama iaitu :
1) Meningkatkan kehadiran ahli ke kuliah
2) Menjayakan EXCELMATE (sebuah aktiviti berbentuk pembelajaran berkumpulan secara tutor)
3) Melestarikan budaya membaca.



Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Dipertua BKAWM,saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain. Majlis diakhiri dengan penyerahan watikah perlantikan kepada tutor daripada kalangan siswa dan siswi serta tayangan video.
Sebelum bersurai, para hadirin yang hadir dihidangkan dengan jamuan ringan.

"Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]