[ BERITA: KELAS ADOBE PHOTOSHOP ]

[ BERITA: KELAS ADOBE PHOTOSHOP ]

KAHERAH, 4 Februari 2019 - Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan Kelas Adobe Photoshop yang bertempat di surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. 



Kelas ini diadakan bertujuan  mengasah kemahiran asas ahli melalui penggunaan Adobe Photoshop. Program ini telah berlangsung dari jam 7.30 malam sehingga 9.30 malam dengan kehadiran 12 orang mahasiswa dan 19 orang mahasiswi.



Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis dan diteruskan dengan sesi penerangan Adobe Photoshop yang disampaikan oleh saudara Amirul Arif bin Shukri, Setiausaha Agung BKAWM sesi 2018/2019. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pengisi.



Pihak program mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang bertungkus-lumus menyumbang masa dan tenaga demi menjayakan Kelas Adobe Photoshop ini dan tidak lupa juga kepada yang menyumbang dana dan tenaga secara langsung ataupun sebaliknya.

Semoga dengan usaha yang termampu ini Allah terima sebagai amal baik dan semoga seluruh ahli BKAWM dikurniakan istiqamah dalam pelajaran dan kebajikan seluruhnya. Harapan kami agar kelas kemahiran ini dapat dimanfaatkan untuk diri serta kebaikan ummah.

Disediakan oleh: 
MUHAMMAD AIZAT BIN AHMAD LUTFI
Setiausaha,
Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) BKAWM sesi 2018/2019

“Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]