[ HIKAYAH '19: UKHUWAH TERPATERI,TERUKIR MEMORI ]

[ HIKAYAH '19: UKHUWAH TERPATERI,TERUKIR MEMORI ]





KAHERAH, 16 Februari 2019, - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2018/2019 telah berjaya mengadakan program Hari Keluarga Wilayah Persekutuan 2019 (HIKAYAH '19) selama dua hari. Pada hari pertama program di sebelah siswa telah diadakan di City Camp, Obour City manakala di sebelah siswi bertempat di Ain Soukhna. Ahli jawatankuasa pelaksana program ini terdiri daripada 15 orang. Seramai 94 peserta siswa dan siswi telah menyertai program ini.




     Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Saudara Muhammad Aiman bin Md Rashid dan diiringi bersama pengarah program HIKAYAH '19 Saudara Muhammad Muazul Amin bin Mohd Adlan.

     Antara objektif penting HIKAYAH '19 ialah mengeratkan dan mengukuhkan tautan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM dan memanfaatkan masa lapang ahli dengan perkara berfaedah. Program ini juga dapat melahirkan ahli yang cergas dan cerdas dengan aktiviti yang disertai di samping dapat menerapkan suasana hidup yang sihat melalui aktiviti yang dijalankan.




    Ketiga-tiga objektif ini dapat direalisasikan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program HIKAYAH '19 antaranya Forum berkaitan Unit Bait Muslim (UBM), Aktiviti Outdoor seperti permainan berkumpulan dan individu manakala Indoor seperti "the best smiler", "five seconds talk", "explorace" dan tebar roti canai.

    Forum yang telah dijalankan ialah bertajuk "Bicara Hati" yang disampaikan oleh Saudara Mohd Supian bin Ab Kadir dan Saudari Samihah binti Ismail dan moderator forum ini, Saudara Amirul Hakim bin Mohd Razib. Forum ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para hadirin tentang persediaan-persediaan yang bakal dihadapi sebelum melangkah ke alam perkahwinan nanti.




    Seterusnya, program HIKAYAH '19 juga telah mengadakan malam kebudayaan. Para peserta dikalangan siswa diminta untuk membuat persembahan berkumpulan pada malam kebudayaan. Dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan ini, para peserta dapat mengeratkan lagi tali ukhuwah antara ahli BKAWM sendiri.

    Program HIKAYAH '19 ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi pertandingan dan sukan yang diadakan. Pihak program mengharapkan agar program yang dijalankan ini dapat mengeratkan ukhuwah dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli BKAWM.

    Akhir sekali, diharapkan agar program ini juga dapat memberikan kenangan yang cukup manis dan indah antara ahli BKAWM sendiri.

"Ukhuwah Terpateri, Terukir Memori"

"Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Disediakan oleh:
Abdul Syahid bin Abdul Ahad,
Setiausaha Hari Keluarga Wilayah Persekutuan 2019
(HIKAYAH '19)

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]