[ BERITA: LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KALI KE-50 ]

[ BERITA: LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KALI KE-50 ]


KAHERAH, 27 & 29 Januari 2019 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa kali ke-50 di bawah seliaan Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM sesi 2018/2019 pada tarikh 27 Januari bagi siswi dan 29 Januari bagi siswa.



Tujuan utama lawatan ini diadakan untuk memberi peluang kepada semua mahasiswi/wa yang berada di Perlembahan Nil untuk mencari serta membeli kitab - kitab yang mereka perlukan di pesta buku pada kali ini. Sebanyak 1,273 penerbit menyertai pameran buku kali ini, dibahagikan kepada 4 dewan iaitu dewan 1 untuk kitab turath, Al Azhar dan Arab Saudi, dewan 2 untuk penerbit arab dan asing, dewan 3 untuk penerbit Mesir dan akhir sekali, dewan 4 adalah dewan utama dan penerbit buku kanak-kanak.

Lawatan ini bermula pada jam 11.00 pagi. Semua ahli berkumpul di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan bagi mendengar taklimat ringkas dan sedikit pencerahan berkenaan pesta buku yang diadakan pada kali ini. Antara perubahan besar pada kali ini adalah pertukaran lokasi dari Madinah Nasr ke Egypt International Exhibition Centre (EIEC).



Setibanya di sana, semua ahli bebas pergi ke dewan- dewan di pesta buku tersebut dan diminta berkumpul semula pada jam 4.00 petang untuk bertolak pulang ke asrama. Lantaran itu, Unit Pendidikan dan Pengetahuan berharap agar lawatan ini dapat memberi manfaat kepada seluruh ahli BKAWM.


Disediakan oleh:
Setiausaha,
Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM sesi 2018/2019

"Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]