[ BERITA: KURSUS BENDAHARI (TREASURE IT 2019) ]


[ BERITA: KURSUS BENDAHARI (TREASURE IT 2019) ]

KAHERAH, 28 Januari 2019 – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah berjaya melaksanakan satu kursus yang diberi nama Kursus Bendahari (Treasure It 2019) di bawah kelolaan Jabatan Bendahari Agung dengan kehadiran yang memberangsangkan.


     Tujuan utama kursus bendahari diadakan adalah untuk melahirkan mahasiswa/wi yang berkemahiran dari segi pengurusan kewangan organisasi dan menyelaras etika dan gerak kerja umum bagi setiap bendahari Jabatan, Lajnah, Unit dan Program BKAWM. Kursus ini dirasmikan oleh saudara Abdul Wafi bin Alias Penasihat BKAWM sesi 2018/2019.

     Antara penekanan utama diberikan kepada peserta merangkumi bidang tugas umum bendahari dan laporan kewangan harian persatuan.





     Slot pertama “Meet The Treasurer” telah disampaikan oleh saudara Muhammad Nasrul bin Jamal, Koordinator Bendahari Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri (MGBKAN). Slot ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh bendahari persatuan bagi meneruskan perjalanan sesebuah persatuan.




     
     Slot kedua “Catatan Akaun” telah disampaikan oleh saudara Mohd Asrool Hasbullah Bin Shuib, Juruaudit BKAWM sesi 18/19. Pengisi membentang garis panduan untuk mencatat laporan kewangan harian, kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan panduan mudah bagi peserta untuk memahami tugas dan tujuan selaku bendahari. Pada akhir slot ini diadakan latihan gerak kerja berkumpulan untuk menguji tahap kefahaman peserta.




Pengarah,
Kursus Bendahari (Treasure It 2019),
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekuruan Mesir,
BKAWM sesi 2018/2019.

"Cekap dan Amanah"

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM MANTAN NAIB PENGERUSI HEWI BKAWM SESI 2015/2016 ]