[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2019/2020 ]




KAHERAH, 22 Oktober 2019 - Telah berlangsung Majlis Timbal Terima Rasmi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2019/2020 bertempat di Kafe Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.

 Majlis Timbal Terima ini dipengerusikan oleh saudara Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2019/2020.




 Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) diikuti dengan Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP). Seterusnya Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP). Kemudian, Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP), Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI). Seterusnya, Jabatan Bendahari Agung (JBA) merangkap Unit Ekonomi (UE), Jabatan Setiausaha Agung (JASA) merangkap Unit Pendaftaran dan Sambutan (UPS), diikuti dengan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) merangkap Lajnah Perancang (LP). Selepas itu, Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (NPH). Seterusnya, beralih kepada Yang Dipertua (YDP) dan Penasihat AJKT HEWI sesi 2019/2020. Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan AJKT di sebelah siswa dan diakhiri dengan HEWI



  Majlis diakhiri dengan gimik penyerahan portfolio kepada Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2019/2020.

Disediakan oleh:
WAN MUHAMMAD ASIF HIDAYAT BIN SHARUDIN,
Setiausaha Agung BKAWM sesi 2019/2020

“Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah