[ KALAM PIMPINAN: MENGAPA KITA PERLU BERJAYA? ]


بسم الله الرحمن الرحيم
                                                                                             
Assalamualaikum w.b.t

Firman Allah SWT:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.
(al-Maidah : ayat 3)

Para ulama’ tafsir telah memperakui dan meriwayatkan bahawa penurunan ayat ini kepada Nabi Muhammad SAW dan umat Islam yang lain telah menambahkan kebencian puak-puak Yahudi kepada agama Islam.Mereka jangka bahawa kesempurnaan agama Islam diterima oleh mereka namun sikap dan perangai mereka terhadap para utusan Allah SWT telah menidakkan pengiktirafan kesempurnaan agama ini malah mereka telah jauh terpesong dengan agama yang benar. Pelbagai usaha dan dakyah daripada puak-puak Yahudi ini untuk melemahkan pegangan muslimin kepada agama Islam.Bermula dari zaman Rasulullah SAW sehingga kini turut menerima kesan kebencian daripada puak-puak Yahudi. Justeru itu, kita hendaklah menjadi umat yang berjaya tapi sebelum itu lebih elok untuk kita mengenali dan memahami apa makna sebuah kejayaan.


Kejayaan jika diterjemahkan kepada bahasa Arab mengandungi pelbagai makna dan kondisinya.Kalimah Najah bermaksud berjaya di dunia dan kita selaku umat Islam mestilah berjaya di dunia.Bilamana kita terlebih mementingkan kejayaan akhirat tanpa memandang kejayaan dunia kita seolah telah mengulangi kesilapan umat kristian terdahulu, hanya mementingkan ilmu agama semata dan menolak ilmu dunia secara total.Ketika ibu bapa penganut agama kristian berpusu-pusu  menghantarkan anak mereka kepada gereja, di saat itu juga seorang lelaki Yahudi bernama Moses Amschel menghantarkan anaknya, Mayer Amschel ke kelas perakaunan duit.Hasil daripada itu, keturunan mereka Yahudi berjaya menguasai  ekonomi masyarakat yang telah membebankan rakyat beragama kristian dan penganut agama yang lain.


Kejayaan di akhirat dalam bahasa arabnya disebut ‘Fauz’ dan Kejayaan akhirat adalah kejayaan yang sebenar bagi setiap umat Islam.Natijahnya syurga dengan penuh keredhaan Allah SWT itulah diimpikan setelah berpenat lelah mengharungi ujian dari Allah SWT di dunia.Ilmu agama seiring dengan amal perlulah dititikberatkan oleh kita agar mampu mendekatkan kepada kejayaan akhirat,syurga dan menjauhkan kegagalan akhirat,neraka.Hari ini, ramai di kalangan masyarakat Islam terlampau mengejar kejayaan dunia melebihi mengejar kejayaan akhirat sedangkan kejayaan dunia terlampau kecil jika dibandingkan dengan kejayaan akhirat.


Kejayaan di dunia dan akhirat bila diterjemahkan ke dalam bahasa Arabnya, Falah dan Ini adalah kejayaan yang paling agung bagi penganut agama Islam.Ingatlah peristiwa sejarah pembukaan kota Andalusia kepada tentera Islam, bilamana azan subuh berkumandang di pinggiran kota Andalus bermakna Andalus telah di buka kepada Islam.Mendengarkan kalimah “Hayya ‘Alal Falah” mengalir air mata sang mujahid Islam kerana telah berjaya membumikan kalimah Falah atau dalam bahasa melayunya berjaya di dunia dan akhirat.Kejayaan dunia telah kita perolehi (memperluaskan kuasa dan politik agama Islam) tidak lepas juga kejayaan akhirat turut  kita peroleh (ganjaran pahala setelah berjuang di jalan Allah SWT).


Kesimpulan bagi kita adalah perlunya menggapai kejayaan dunia dan akhirat tanpa meninggalkan salah satunya.Dunia adalah ladang akhirat dan kita hendaklah menggunakan kejayaan dunia untuk kepentingan akhirat.Misalnya, menggunakan kuasa politik (kejayaan dunia) untuk menguatkuasakan undang-undang syariah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya agar memperolehi syurga-Nya (kejayaan akhirat).


Disediakan oleh:
WAN MUHAMMAD AFIF BIN WAN KOZIL
Ketua Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah
BKAWM sesi 2018/2019

"Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]