Bakti Siswa Anjur Kursus Bahasa Pelajar Tajaan MAIWP





19 Ogos – Pelajar di bawah tajaan biasiswa MAIWP telah mengikuti kursus pendek Bahasa Arab yang diadakan di Bangunan Daruzzakah baru-baru ini.

Kursus yang diadakan bermula pada 17 Ogos hingga 19 Ogos itu bertujuan sebagai persiapan awal kepada para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah tidak lama lagi.

Pada tahun ini, MAIWP melalui Bahagian Baitulmal akan menghantar seramai 11 orang pelajar ke sana. Berdasarkan jumlah tersebut seramai lapan orang pelajar adalah pelajar dalam bidang perubatan dan selebihnya adalah pelajar dalam bidang pengajian Islam.

Sebelum kursus dimulakan para pelajar telah diberikan taklimat oleh Penolong Pengurus, Unit Akademik IPT, Ustaz Fadli Adam, selaku urusetia kursus. Dalam taklimat tersebut, beliau mengingatkan kepada para pelajar agar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kursus yang dijalankan.

Sehubungan dengan itu juga, Baitulmal MAIWP telah menjemput tiga orang penceramah luar untuk memberikan gambaran sebenar suasana belajar di rantau orang. Antara penceramah tersebut ialah Dato’Mahamud bin Abdul yang mengajar Bahasa Arab, Syed Abdul Aziz, penceramah motivasi dan Syeikh Abadah Taufik Ahmed yang membentangkan gambaran sebenar suasana di Timur Tengah.

MAIWP mengharapkan dengan adanya kursus ini walaupun singkat, akan dapat membantu pelajar menguruskan diri masing-masing apabila berada di sana kelak. Seterusnya MAIWP menjangkakan akan dapat melahirkan seramai yang mungkin ilmuan-ilmuan yang dapat berbakti kepada seluruh alam.- Sumber www.maiwp.gov.my













Kelihatan Urusetia Bakti Siswa BKAWM Sdr Mohammad Adlly.


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]