Malam Ta'aruf Calon



ARWP,Kaherah. 9 September; Malam penutup IHRAM '10 dengan jayanya, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil kesempatan untuk mengadakan sesi taaruf calon AJKT & HEWI BKAWM bagi sesi 2010/2011.

Walaupun tiada sebarang pertandingan, namun pihak Badan Bertindak SPR mengambil inisiatif untuk memperkenalkan bakal-bakal pimpinan AJKT &HEWI akan datang. Calon kali ini menyaksikan 4 pencalonan dari mahasiswa sesi 2009, dan buat julung kalinya BKAWM menerima calon dari pelajar perubatan,iaitu dua orang dikalangan HEWI, Sdri.Dalia Zaidi dan Shahanim Shakirah.

SPR juga menerima pencalonan semula Exco BKAWM sesi 2009/2010 iaitu Sdr.Mohd Mawardi dan Sdr.Mohammad Adlly selaku calon YDP. Pihak SPR telah mengumumkan bahawa bagi AJKT ikhwah kekurangan satu kerusi dan kerusi tersebut akan diisi sendiri oleh AJKT & HEWI BKAWM sesi 2010/2011 setelah ianya disahkan mengikut peruntukkan perlembagaan. Manakala bagi calon HEWI terlebih satu kerusi dan pada saat akhir SPR menerima penarikan diri seorang calon dari Iskandariah yang merupakan AJKT HEWI sesi ini.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]