Ceramah Sempena Hari Kemerdekaan ke-53
ARWP, Kaherah. 2 September 2010 : Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menganjurkan Ceramah Kemerdekaan sempena kemerdekaan negara yang ke-53.
Majlis berlangsung sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat tarawikh beramai-ramai disini. Ceramah yang bertajuk "Nikmat Kemerdekaan " disampaikan oleh Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan iaitu, Yg. Bhg. Datuk Hj Abdul Manaf bin Hj Ahmad.
Yg. bhg. Datuk banyak memberi pendedahan kepada yang hadir akan sejarah-sejarah sejak bermulanya kemerdekaan hinggalah kepada zaman yang mana banyaknya berlaku dasar-dasar baru yang membawa kepada kemajuan dan kemakmuran negara.
Majlis berakhir dengan sedikit jamuan ringan bersama pelajar-pelajar di Dewan Sri Putra, ARWP.
Comments
Post a Comment