Delegasi BKAWM Bertemu CEO MAIWP






Jalan Ipoh, 7 September ; Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) baru-baru ini menghantar wakil bertemu Ketua Pegawai Eksukatif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tuan Hj Anan Bin C.Mohd. Delegasi diketuai Sdr. Mohammad Adlly Mohammad Bokhari (Exco UPKS BKAWM) bersama Exco Pendidikan, Sdri. Siti Halimah Salleh. Juga ditemani Pengarah Bakti Siswa Sdr.Amir Shamiz serta Dr.Emy.

Agenda delegasi dalam pertemuan tersebut sedikit sebanyak membincangkan aktiviti anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir yang dinaungi BKAWM, perbincangan perjalanan terkini Bakti Siswa, serta agenda penting mengenai hubungan dua hala antara BKAWM dan MAIWP.

Kunjungan rasmi tersebut telah mengeratkan lagi hubungan BKAWM dan MAIWP dalam kebersamaan menaungi anak-anak W.Persekutuan yang menuntut di Mesir. Pertemuan berakhir dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada Tuan Hj Anan Bin C.Mohd

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]