IHRAM '10 Melabuh Tirai

ARWP,Kaherah. 9 September 2010 bersamaan 30 Ramadhan 1931H : Program Penutupan Ihya Ramadhan 1431H telah berlangsung dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Ihram '10 Ustaz Azamuddin bin Yahya, seterusnya daripada TYDP Ustaz Faiz bin Mat Zaid dan Ucapan daipada Pengurus ARWP Encik Ahmad Yahya bin Mohd hanif sekaligus merasmikan Program Penutupan Ihya ramadhan (IHRAM '10) bagi tahun 1431H.

En. Yahya merasmikan majlis penutup IHRAM '10

Majlis disempurnakan lagi dengan pelancaran gimik perasmian IHRAM '10 dan diteruskan dengan tayangan video penutup bagi program Ihya Ramadhan 1431H.

Antara petikan ucapan perasmi, mengharapkan semua yang melalui bulan pentarbiahan di bulan Ramadhan agar lebih baik dari yang sebelumnya, dan tiap-tiap tahun kita lalui bulan yang sama iaitu Ramadhan, tapi yang membezakannya adalah 'natijah', hasil selepas tamatnya bulan Ramadhan. Apa yang diharapkan oleh penganjur agar malan-amalan yang telah terlaksana moga-moga bertepatan dengan tema IHRAM pada tahun ini iaitu 'Ramadhan Bulan Pentarbiahan Ummah'.

Program tersebut diselangi dengan majlis perkenalan calon baru setelah mana diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir.
Calon-calon diminta untuk memperkenalkan diri serta manifesto masing-masing.




Mendengar dengan teliti



Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]