BKAWM Bersama PMRAM

Asrama Rumah Wilayah Persekutuan, Haiyu Sabiek – Pada 13 September 2010 bersamaan 4 Syawal 1431 H telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 (EID ’10) anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir. Acara di siang hari telah dihadiri oleh seluruh YDP, Pengerusi, dan Naib Pengerusi HEWI seluruh PMRAM cawangan Zon B. Antara jemputan lain yang turut hadir adalah Badan Pengurus Angkat BKAWM, Saudara Firdaus Noh dan Saudara Ahmad Huzaifah Fauzi.

Di kesempatan yang ada, Ketua Jabatan Bendahari Agung, Saudara Roslizan Mohd Yusof telah menyerahkan sumbangan untuk diberikan kepada PMRAM Pusat melalui Bendahari Kehormat PMRAM Saudara Firdaus Noh. Sumbangan yang diberikan menunjukkan kebersamaan BKAWM dalam membantu PMRAM bagi meneruskan gerak kerja Islam.

Sumbangan tersebut adalah hasil dari barisan AJKT BKAWM, ahli-ahli BKAWM dan beberapa individu yang lain. . Sumbangan yang diberikan tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan PMRAM Pusat.

Diharapkan dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membuktikan kebersamaan BKAWM dalam gerak kerja islam, disamping doa yang tidak putus agar PMRAM terus teguh di Perlembahan Nil ini.

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

Mencipta Semangat untuk Sentiasa Mengemas Rumah