RAUDHAH '11 - Iftor Jamaie RAUDHAH '11 Meriah


ARWP, 5 OGOS - Hari ini barisan pelaksana Komuniti RAUDHAH '11 telah berjaya menganjurkan Iftor Jamaie yang mana tetamu undangan ialah para pelajar dari Amanah Raya Berhad (ARB).

Hadaf atau tujuan penganjuran iftor ini adalah ingin mengukuhkan hubungan antara dua hala iaitu BKAWM dan ARB. Bahkan juga ingin berkongsi pemberian rezeki daripada ALLAH bersama-sama ARB.

ARB yang diwakili oleh Saudara Tuan Harun bersama sahabat-sahabat yang lain dari pihak ikhwah dan akhawat berbuka bersama-sama dengan ahli-ahli BKAWM di sini.



Iftor Jamaie kali ini di jamu dengan hidangan yang cukup enak iaitu Nasi Mandi, Mat'am Bukhori. Turut hadir BP Angkat Wilayah, Saudara Ahmad Baihaiqi, Saudara Nur Ahmad Waafi (BSR), Saudara Zulhafeez (BPP) dan Hafizzul Azri (BEKON). HEWI Angkat Wilayah turut diundang Saudari Siti Sarah.



Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada BP Angkat dan ARB serta BKAWM menerima cenderahati dari ARB sebagai tanda kenang-kenangan.- RAUDHAH '11 (U2S)





0 comments:

Post a Comment

Blogroll